Doom At Your Service

4
(1)

Title: Doom At Your Service

Platform: viu

Genre : Fantasy, Romance.

Mengisahkan Tak Dong Kyung lakonan Park Bo Young yang bekerja sebagai editor sebuah syarikat web novel. Dia mempunyai seorang adik lelaki. Dia dan adiknya telah kematian ibu bapanya pada usia yang sangat muda. Semasa kecil mereka telah tinggal bersama makcik nya, kini mereka sudah dewasa makciknya telah berhijrah mengikut suaminya keluar negara.

 

Pada suatu hari Dong Kyung telah pergi ke hospital dia telah di diagnosis mempunyai ketumbuhan otak, doktor yang merawatnya juga jika dia tidak melakukan rawatan dia mungkin hanya dapat hidup selama 100 hari sahaja. Keluar sahaja dari hospital adiknya menelefon Dong Kyung memintanya duit untuk menjalani sebuah kursus. Dia memarahi adiknya kerana tidak berkerja dan melakukan perkara yang sia – sia. Semasa menunggu bas, kekasihnya mengajaknya berjumpa. Tetapi yang berjumpa dengannya bukan lah kekasihnya tetapi isteri kekasihnya. Dong Kyung tida k mengetahui kekasihnya sudah mempunyai isteri. Disitu dia jugak telah dimalukan oleh isteri kekasihnya.

 

Pada malam itu Dong Kyung mengambil angin di hadapan rumahnya, terlihat berapa tahi bintang jatuh dia cepat-cepat meminta hajat dia menjerit mahu semua yang dalam dunia ini musnah dan ada malapetaka yang berlaku biar dunia ini berakhir. Disisi lain Myul Mang lakonan Seo In Guk telah mendengar hajat Dong Kyung. Myul Mang adalah dewa malapetaka yang boleh membawa segala kerosakkan di dunia.

 

Pada lewat malam Myul Mang datang kerumah Dong Kyung. Dan memperkenalkan dirinya. Keesokan harinya ketika Dong Kyung ingin melintasi jalan untuk pergi kerja, dia telah mengalami sakit kepala yang amat sangat sehingga dia hampir di langgar oleh sebuah lori. Myul Mang sempat menyelamatkan Dong Kyung dengan memberhetikan masa.

 

Myul Mang berjanji kepada Dong Kyung akan menghentikan setiap kesakitan yang dialami Dong Kyung, tetapi sebagai ganti Dong Kyung perlulah meminta hajat di hadapan Myul Mang supaya Myul Mang memusnahkan dunia dalam masa 100 hari. Jika Dong Kyung tidak memegang janjinya orang yang paling Dong Kyung sayang akan mati.

 

Maka terikatlah Dong Kyung dan Myul Mang dengan perjanjian mereka selama 100 hari.

Dapatkah Dong Kyung menyelamatkan dunia dari sebuah kemusnahan setelah dia memintannya? Apakah pengakhiran kisah Dong Kyung dan Myul Mang?

BACA ARTIKEL 5 KOMPILASI DRAMA GENRE DOKTOR WAJIB TONTON

Saksikan DOOM AT YOUR SERVICE di Viu Malaysia.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI