10 Filem Thriller Bakal Muncul Pada 2023

5
(4)

The Chain (Januari)

The Chain dikatakan bakal ditayangkan pada hujung Januari ini, tetapi masih lagi tiada sebarang kenyataan rasmi bagi filem ini. The Chain mengisahkan 5 orang remaja terperangkap dan mendapati diri mereka bakal menjadi mangsa oleh makhluk misteri yang merayap didalam gelap.

Cocaine Bear (Febuari)

Cocaine Bear bakal ditayangkan pada Febuari ini yang mengisahkan tentang seekor beruang hitam seberat 500 paun. Beruang ini mengamuk setelah termakan sejumlah besar kokain. Filem ini bergenre komedi triller

John Wick: Chapter 4 (Mac)

Disebabkan harga nyawanya telah meningkat naik. John Wick terpaksa berjuang sendiri menentang orang-orang yang berkuasa dari New york, Paris, Jepun, Berlin.

Killer Of The Flower Moon (Mei)

Killer Of The Flower Moon ini dibarisi oeleh pelakon-pelakon yang hebat seperti Leonardo Dicaprio, Brendan Fraser, Robert De Niro, dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan jutrawan-jutawan minyak yang merupakan ahli Osage Nation dibunuh dengan misteri pada tahun 1920-an

Fast X (Mei)

Fast X atau dikenali sebagai Fast And Furious 10 ini bakal menampilkan Jason Momoa sebagai penjahat didalam francais kesepuluh filem ini. Fast X dikatakan bakal ditayangkan pada Mei 2023.

Indiana Jones And The Dial Of Destiny (Jun)

Filem Indiana Jones And The Dial Of Destiny juga dikenali sebagai Indina Jones 5 adalah sebuah sekuel selepas Indiana Jones and The Kingdom Of The Crystal Skull.

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part 1 (Julai)

Perincian tentang plot filem ini masih lagi samar-samar. Tetapi apa yang kita boleh jangkakan adalah pnonton bakal melihat aksi yang boleh mengatasi aksi-aksi yang pernah dilakukan oleh Tom Cruise didalam Mission: Impossible – Fall Out.

The Equalizer 3 (September)

Untuk filem ini, penerbitnya masih lagi merahsiakan tentang tentang plot mereka. Mereka hanya menyatakan kepada media bahawa filem ini akan membuka jalan kepada Robert McCall melalui perjalan dan pengalaman keluar dari negara dan menyelesaikan masalah yang lebih besar.

The Expendables 4 (September)

Filem yang bakal nampilkan 2 hero baru dari Asia Tenggara ini iaitu Tony Jaa dan Iko Uwais ini engisahkan tentang tentera upahan yang menjadi perisai terakhir dalam meyelesaikan masalah apabila sudah tiada pilihan dalam menentang keganasan yang bakal menjadi perang besar.

The Hunger Games: The Ballad Of Song Birds And Snake (November)

Mengisahkan Coriolanus Snow sebelum menjadi pemerintah di Panem iaitu pada usianya 18 tahu. Dia melihat pluang untuk mengubah nasib setelah membimbing Lucy Gray Baird seorang waita dari daerah 12.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI