Kisah Benar – Jeritan Malam (2019)

3.7
(3)

 

BERDASARKAN KISAH BENAR
Usah Pertikaikan Kewujudan Alam Ghaib

Jeritan Malam ni bukanlah filem seram dengan menampilkan banyak babak-babak “JUMPSCARE” tetapi sekiranya kita tonton filem ini dalam suasana suram dan sunyi ala-ala tengok di panggung wayang, babak yang sepatutnya tidak perlu rasa terkejut pun kita akan terkejut juga kerana kebanyakan masa latarbelakang filem ini dan “JERITAN MALAM” yang akan kita dengar, itu saja sudah buat suasana yang seram dingin (Jangan cuba untuk pandang belakang ya! Hahaha)

Kita pun sedia maklum negara serumpun kita ini memang terkenal dengan kebanyakannya daerah-daerah yang menyimpan pelbagai misteri dan mistik yang mengerikan, jadi pada min pemandangan yang digarapkan di dalam filem ini sememang another bonus point! Untuk filem ini min bagi 7/10, sama macam rating IMDb. Boleh tahan kan! Dan filem ini juga cukup seram untuk sesetengah “non-hard core” horror fan! Jadi bagi min, ini dikira seperti “MESRA HORROR” yet ia masih boleh membuatkan kita “merinding”.

ADA APA YA DENGAN KISAH DISEBALIK JERITAN MALAM INI?

Filem ini diangkat dari kisah sebenar yang pernah berlaku di Tanah Jawa iaitu di Jawa Timur, mengisahkan seorang pemuda Reza (lakonan Junot) dan Wulan (lakonan Cinta Laura) bercinta sejak kolej lagi. Dan selepas tamat kolej, Wulan dapat pekerjaan tetapi Reza masih menganggur selama hampir satu tahun.

Suatu hari Reza dapat panggilan kerja tetapi ia memerlukan dia untuk bekerja dari luar kota Jakarta iaitu Jawa Timur di sebuah daerah yang agak terpencil dan dia terpaksa tinggalkan mak bapanya serta Wulan demi untuk mengumpul duit supaya bila sampai masanya nanti Reza dapat menikahi Wulan.

Reza pun mula bekerja dan kongsi duduk satu rumah dengan rakan-rakan sepejabatnya tanpa dia sedar rumah yang dia duduki kini ada menyimpan misteri serta kewujudan “penghuni lain” selain mereka. Rakan-rakan serumah Reza telah beri amaran kepada Reza dan ada beberapa pantang larang yang dia perlu ketahui ketika berada di dalam rumah tersebut.

Tapi Si Reza ini pula jenis tidak percaya dengan benda-benda ghaib dan mistik seperti hantu, jin, syaitan dan yang seangkatannya. Sampailah satu hari itu……(kena tonton sendiri ok)

Sepanjang tonton filem ini, ada macam-macam emosi yang kita akan lalui. Permulaan filem sudah ada babak yang boleh buat jantung kita macam hendak luruh ditambah dengan rasa geram macam hendak lempang saja Si Reza sebab kedegilan dia. Dan babak paling sedih adalah babak di mana Wulan…(kena tonton juga sendiri ya)

Overall, “Jeritan Malam” adalah sebuah filem seram yang baik dari segi penyampaian plot ceritanya walaupun agak sedikit “Slow Burn”,  nama pun dari KISAH BENAR. Namun ia mampu menonjolkan sisi ketakutan sesetengah orang ketika menonton filem ini. Dan akhirnya kita akan dapat nilai sendiri apa yang cuba disampaikan dalam filem ini, yakni usah pertikaikan kewujudan alam ghaib kerana dalam konteks agama pun kita WAJIB mempercayai perkara-perkara yang ada kaitan dengan alam ghaib, tidak sempurna lah iman seseorang itu sekiranya kita tidak mempercayainya..Allahuallam!

Satu sahaja sampai sekarang Min tertanya-tanya, apa kesudahannya keadaan Reza dan bagaimana kehidupan dia selepas peristiwa itu hingga kini (kalau dia masih hidup lagi) dalam kehidupan sebenar sekarang kerana ikut ending filem ini Reza masih terikat dengan….. (Semoga Allah melindunginya dan mengampuni dosa-dosanya)

Sambil-sambil itu jom kita layan dulu trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI