THE WOMAN IN BLACK (2012) – KEMATIAN MISTERI ANAK-ANAK KECIL

5
(3)

Filem supernatural seram yang dibawa oleh Daniel Radcliffe ini cukup memberi rasa suspens dan mood seram ketika menonton. The Woman in Black diarahkan oleh pengarah Eden Lake iaitu James Watkins.

The Woman in Black adalah filem yang dihasilkan dari adaptasi sebuah novel nurkilan Susan Hill bertajuk yang sama. Filem yang berlatarkan masa pada zaman awal abad ke 20 dan di sebuah kampung terpencil di England.

Filem seram ini mengisahkan tentang seorang peguam muda yang telah kematian isteri, terpaksa melakukan lawatan ke sebuah kampung terpencil di England untuk melunaskan tanggung jawab tugasnya.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Tiga orang kanak-kanak sedang asyik bermain, tiba-tiba mereka terdengar satu bisikan aneh memanggil-manggil. Tanpa sebarang suruhan mereka bertiga terjun keluar jendela. Mati. Pasti.

Seorang peguam muda ke sebuah kampung terpencil, dia merasakan kampung itu agak sunyi dan mengerikan. Terjadi kematian kanak-kanak di kampung itu, peguam muda itu dipersalahkan kerana seorang kanak-kanak telah meninggal di pangkuannya tanpa sengaja.

Lebih mengejutkan pada malam tersebut terdapat kanak-kanak lain yang turut meninggal dunia akibat lemas.

Setiap anak-anak di kampung itu bakal hilang nyawa pada makhluk yang tidak berwajah.

Peguam tersebut mendapat tahu bahawa terdapat satu roh wanita yang sedang membalas dendam dan membahayakan nyawa setiap anak-anak di kampung tersebut. Bagaimana mungkin segalanya terjadi? Apakah punca di sebalik segala dendam?

Filem seram yang mampu buat penonton ketakutan, dalam sensasi seram filem ini juga merobek jiwa penonton dengan sentimen emosi dan melodrama emosi.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI