Manjakan Diri Anda dengan 7 Siri Netflix Baru pada Bulan Jun Ini!

0
(0)

Netflix memang menyajikan banyak tontonan menarik, termasuk siri original yang ditayangkan secara eksklusif di platform ini. Dari genre misteri supernatural yang menghubungkan banyak generasi, hierarki di sekolah elit, hingga kisah komedi situasi dari dekad 90-an, semuanya menampilkan plot yang menarik dan seronok untuk ditonton. Siri original Netflix juga bertambah secara berkala.

Lebih-lebih lagi bulan Jun ini, Netflix akan menambah katalog sirinya menjadi lebih banyak dan menarik. Berikut ini adalah tujuh buah siri original Netflix terbaru yang ditayangkan pada bulan Jun 2024.

 

Hierarchy (2024)

Hierarchy merupakan mini siri drama Korea yang menawarkan gabungan antara genre misteri dan romantik. Cerita tentang Sekolah Jooshin, sebuah institusi eksklusif yang diasaskan oleh Jooshin Group yang memberi perkhidmatan kepada pelajar-pelajar dari kalangan atasan. Hierarki sosial sekolah ditentukan oleh kekayaan dan status keluarga pelajar. Terdapat seramai 0.01 peratus pelajar teratas yang mengelola dan menguruskan undang-undang di sekolah.

Namun, kuasa pelajar-pelajar kaya tersebut mula goyah apabila muncul seorang pelajar yang baru dipindahkan. Pelajar misteri itu memberi isyarat bagawa ada kelompongan dan kecacatan dalam dunia “hierarki” yang sudah dibina sejak lama. Siri ini akan ditayangkan di Netflix pada 7 Jun 2024 nanti.

 

 

Agents of Mystery  (2024)

Masih dari Korea Selatan, kali ini siri tanpa skrip yang bertajuk Agents of Mystery. Siri ini menampilkan ramai pelakon komedi, bintang KPop, dan pelakon-pelakon popular. Mereka akan menampilkan gabungan misteri dan hiburan yang menarik. Siri ini mengisahkan tentang pasukan penyiasatan yang didedikasikan untuk kes-kes khas yang tidak dapat diselesaikan oleh jabatan biasa. Mereka akan menjawab teka-teki di tempat berlakunya perkara-perkara aneh tersebut . Siri ini akan ditayangkan di Netflix pada 18 Jun 2024.

 

Gangs of Galicia (2024)

Gangs of Galicia merupakan siri drama thriller Sepanyol yang dihasilkan dan ditulis oleh Jorge Guerricaechevarría. Cerita tentang seorang peguam baru yang bernama Ana. Dia baru sahaja tiba di bandar kecil Cambados, Sepanyol. Kehadirannya menarik perhatian, terutamanya dari Daniel, anak seorang pengedar dadah terkemuka. Siri ini akan menampilkan tema cinta terlarang dan balas dendam, menampilkan naratif yang penuh ketegangan dan mencengkam jiwa. Gangs of Galicia akan ditayangkan di Netflix pada 21 Jun 2024 akan datang.

 

 

Rising Impact (2024)

Rising Impact merupakan siri anime yang akan ke udara di Netflix. Siri ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan ditayangkan pada 22 Jun 2024. Cerita dalam siri ini berdasarkan manga karya Nakaba Suzuki. Cerita siri ini mengikuti kisah Gawain Nanaumi, seorang kanak-kanak yang mula mengenali sukan golf dan bertanding dengan para pesaingnya. Dia menggunakan kekuatan fizikal dan kebolehan pengamatannya yang tajam, dia berjaya memukul bola dengan jarak yang jauh.

Nanaumi bertemu pemain golf profesional, Kiria Nishino. Dengan bantuannya, Nanaumi mendaftar ke Camelot Academy, sebuah sekolah berprestij untuk pemain golf yang berbakat dan bercita-cita tinggi dari seluruh dunia. Di sana, bakatnya bermain golf berkembang semasa dia bersaing dengan sengit melawan pesaing-pesaing yang berbakat dari seluruh dunia!

 

 

Nightmares and Daydreams (2024)

Nightmares and Daydreams karya pengarah tersohor Joko Anwar. Siri sci-fi supernatural dari Indonesia ini mengisahkan tentang manusia biasa yang mengalami perkara-perkara luar biasa yang tanpa disedari saling berhubung kait. Beberapa orang individu dari pelbagai dekad berhadapan dengan kejadian aneh.

Mereka mencari jawapan tentang kewujudan manusia di sebalik kejadian-kejadian aneh yang saling berkaitan. Latar masa berlangsung dari tahun 1985 hingga 2022. Nightmares and Daydreams terdiri dari tujuh episod. Siri ini akan ditayangkan di Netflix pada 14 Jun 2024 nanti.

 

 

That ’90s Show Musim 2 (2024)

That ’90s Show kembali untuk musim keduanya. Siri komedi ini merupakan sekuel siri popular That ’70s Show. Siri ini diarahkan oleh Gail Mancuso dan ditulis oleh Gregg Mettler, Bonnie Turner, Lindsey Turner, dan Terry Turner. Cerita berlatarkan Amerika Syarikat pada tahun 90-an dan fokus pada sekumpulan remaja yang menghabiskan musim panas mereka di Wisconsin, AS. That ’90s Show Musim 2 akan ditayangkan di Netflix pada 27 Jun 2024 nanti.

 

 

Supacell (2024)

Supacell merupakan siri drama sains fiksyen dari England yang diarahkan oleh Rapman. Siri ini fokus pada lima orang manusia biasa dari London Selatan yang tiba-tiba memiliki kuasa luar biasa. Mereka nampaknya tidak memiliki hubungan antara satu sama lain, selain fakta bahawa mereka semua adalah orang kulit hitam.

Kuasa luar biasa itu membuatkan mereka menjadi target bagi entiti yang kuat. Jika salah seorang dari mereka mati, seorang wanita yang mereka cuba selamatkan juga akan mati. Supacell bakal ditayangkan di Netflix pada 30 Jun 2024.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI