Spider-Man Tewaskan Box Office Endgame!

5
(7)

Spider-Man: No Way Home Tewaskan Kutipan Box Office filem Avengers: Endgame dengan hari pembukaan terbesar di Mexico!

Nampaknya filem crossover terbesar Marvel dah ada saingan hebat! Dari penelitian kutipan antarabangsa, filem ketiga Spider-Man MCU ini menunjukkan keputusan yang cemerlang. 9 Juta Dollar untuk kutipan hari pembukaan di Mexico dan 10 Juta Dollar di UK. Dari analisa yang telah dibuat dijangkakan kutipan mingguan filem Spider-Man juga bakal meletop!

Pengarah filem tersebut, Jon Watts menggelarkan filem ini sebagai Endgame versi Spider-Man. Pelakon utamanya Tom Holland tanpa segan silu memberikan pendapatnya yang mengatakan filem ini lebih besar berbanding Endgame.

Endgame adalah masterpiece dan dia sayangkan filem tersebut namun filem Spider-Man kali ini merupakan hasil kerja selama 20 tahun berbanding Endgame yang hanya berusia 10 tahun.

3 universe berbeza digabungkan menjadi satu. Tiada siapa dapat bayangkan Sony dan Marvel akan gabungkan semuanya bersama. Dengan adanya villain seperti Doc Ock, Green Goblin, Lizard, Sandman semuanya kembali dalam satu filem.

Ini sangat mind-blowing tambah Tom lagi.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI