(AVAL 2017) SERAM INDIA BERDASARKAN KISAH BENAR

4
(2)

THE HOUSE NEXT DOOR /AVAL (2017)
BASED ON TRUE STORY

OUTSTANDING!!! This movie gonna give us sleepless night sebab lepas layan movie ini boleh terbayang-bayang sekejap dalam bilik!

It is par with Hollywood standard guys! Horror, Scary, Dark, Gripping semua pun ada!

 

ADA APA DENGAN AVAL⁉️

Seorang pakar bedah Krish (lakonan Siddarth) dan isterinya, Lakshmi (lakonan Andrea Jeremiah) merupakan pasangan yang cukup bahagia yang menjalani kehidupan di rumah mereka yang terletak di bawah pergunungan.

Sehinggalah mereka mendapat jiran baru iaitu keluarga Paul (lakonan Atul Kurkani) yang membeli rumah di kejiranannya bersama keluarganya yang terdiri daripada anak perempuannya Jenny (Anisha Victor) dan ahli keluarga yang lain. Kedua-dua keluarga itu menjalani kehidupan yang cukup baik sebelumnya.

Namun sejak itu, pelbagai peristiwa aneh dan menyeramkan berlaku. Krish mendapat tahu anak Paul iaitu Jenny mula berperangai aneh malah mampu bertutur bahasa Cina walaupun tiada kebolehan itu.

Dibantu oleh Dr Prasad (lakonan Suresh), mereka cuba menyelasaikan misteri yang melanda. Macam mana seseorang yang berbangsa India boleh dirasuk oleh hantu berbangsa Cina?

Jalan cerita filem ini menarik, senang nak faham dan unik. Biasanya kebanyakan filem seram yang lain memang senang untuk menjadi klise dan mudah untuk dijangka jalan ceritanya. Tapi filem ini kurang unsur-unsur klise dan jalan ceritanya juga suspen, kita susah nak jangka apa yang akan berlaku seterusnya. Paling best terdapat plot twist dalam filem ini yang memang kita tak jangka dari awal.

Filem ini anda boleh tonton di NETFLIX dan sis suka dengan plot ceritanya ditambah lagi ia berdasarkan dari kisah benar. Untuk ini sis beri 8/10⭐⭐⭐⭐!

 

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI