LESSON OF THE EVIL (2012)

4.9
(8)

“Gila! Siapa sangka guru yang memiliki rupa paras menawan itu adalah IBLIS yang paling kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah padahnya, akibat bermain dengan api! Satu persatu disembelihnya! Percikan darah memenuhi segenap ruang!”

Jika anda adalah peminat filem Battle Royale, maka anda pasti akan menyukai filem arahan Takashi Miike yang dilakonkan oleh Seiji Hasumi ini. Filem yang diadaptasi dari novel ” Aku No Kyoten” yang bermaksud “LESSON OF THE EVIL”. Ia memiliki konsep yang sama seperti Battle Royale namun jalan penceritaan filem ini digarap lebih baik, kemas, sempurna, menarik dan memcengkam emosi bagi sesiapa sahaja yang menontonnya! Sesak nafas! Bagai turut sama hilang nyawa tatkala kegilaan guru yang dipuja-puja ini menunjukkan sifat sebenarnya!

Hideaki Ito adalah seorang guru lelaki yang sangat tampan, peramah serta popular dikalangan para pelajarnya. Malah guru-guru juga ramai yang berasa iri hati dengan Hideaki. Siapa sahaja yang tidak terpesona dengan perwatakan yang cukup menarik itu, sehingga pegawai polis pun boleh terpikat dengannya. Namun tiada siapa yang sangka bahawa guru yang mereka sanjung tinggi itu adalah seorang psiko yang sedang merancang pembunuhan beramai ramai setiap pelajar di dalam kelasnya!!

Apabila babak kemuncak bermula, kejutan demi kejutan yang diberikan, sehingga kita turut menahan nafas menyaksikan aksi-aksi berdarah yang cukup sadis dan mengerikan!

Secara peribadinya, min cukup menyukai dan menikmati setiap plot penceritaan di dalam filem ini walaupun is digarap dengan penceritaan yang agak perlahan namun setelah itu, babak demi babak mula berkembang dan mencapai saat kemuncaknya apabila kita dapati kisah dalam filem ini bukanlah hanya berfokus kepada guru yang psiko itu; tetapi ia adalah mengenai isu remaja di dunia masa kini yakni penderaan, buli, gangguan seksual dan masalah sosial lain. Sadisnya dalam filem ini, isu ini ditangani dengan cara yang sangat berbeza dan paling menakutkan!

Mari kita saksikan trailernya yang pasti akan membangkitkan rasa keinginan anda untuk menontonnya nanti!

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.9 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI