OPPAM(2016)

5
(4)

OPPAM filem jenayah thriller lakonan pelakon lagenda Malayalam, Mohanlal dan pelakon kanak-kanak berbakat Meenakshi.

Filem pecah panggung ini juga telah dibikin dalam versi Kannada bertajuk ‘Kavacha’.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

Seorang lelaki buta, perlu menyelamatkan seorang anak kecil dari pembunuh kejam!!

Salah sebuah filem Malayalam kegemaran ramai, lakonan hebat dari Mohanlal pastinya.

Mengisahkan tentang jayaraman(Mohanlal) yang kurang upaya penglihatan tapi amat peka terhadap bunyi, sentuhan, Dan bau.. Jayaraman juga Seorang berbakat dalam seni mempertahankan diri.

Jayaraman merupakan orang kepercayaan kepada bekas hakim iaitu krishnamoorthy. Krishnamoorthy ada menjaga Dan membiayai kehidupan Seorang anak perempuan bernama nandhini.

Krishnamoorthy hanya menceritakan mengenai nandhini kepada jayaraman sahaja.

Pada suatu hari, krishnamoorthy dibunuh oleh Seorang pembunuh bersiri Dan jayaraman dituduh membunuh bekas hakim tersebut.

Bagaimanakah jayaraman melepaskan diri untuk melindungi nandhini kerana pembunuh berisiri itu juga mahu membunuh nandhini.

Di pengakhiran cerita, satu kebenaran yang pahit terbongkar.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI