SEJOLI (2014)

0
(0)

 

Di sebabkan hujung minggu ni malas nak layan filem-filem yang heavy, jadi saya throwback sedikit ke tahun 2014, satu karya arahan seorang pengarah tersohor, Osman Ali. Mmg betul ramai yang dah tonton, tapi apa salahnya kita tonton sekali lagi. Berkali-kali pon boleh.

Sejoli mengisahkan 2 orang yang bertemu secara tidak sengaja di Phuket setelah gagal dalam percintaan. Dua watak utama ditonjolkan iaitu Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palare) yang mana secara kebetulan bekas pasangan mereka iaitu Hady (remy ishak) dan Nita (izara aishah) akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Masing-masing masih belum dapat menerima hakikat yang mereka telah berpisah, jadi mereka telah merancang satu misi bagi menggagalkan perkahwinan Hady dan Nina.

Secebis Ulasan

Satu filem komedi yang cukup menyeronokkan, penuh dengan elemen romantik komedi. Plot yang pada dasarnya, setiap penonton pasti sudah dapat menjangkakan susunan jalan ceritanya. Tapi bukanlah bermakna filem ini bosan malah 1jam 30min anda semua bakal disajikan dengan pelbagai emosi.

Barisan pelakon yang hebat menambah perasa untuk menjadikan filem ni lebih menarik. Dengar nama Bront Palare dan Maya Karin terus rasa bersemangat nak tonton. Ada vibe macam the wedding breaker, namun harus beri pujian penuh pada Osman Ali untuk filem ni.

Ada yang tanya, filem lama ni. Kat mana nak tonton?
Kat VIU. Senang, tak yah cari dari illegal sources.

Selamat menonton bagi yang baru nak tonton filem ni.
Dan selamat menonton berkali-kali untuk yang dah tonton banyak kali ?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI