KRASUE : INHUMAN KISS (2019) – KISAH CINTA TRAGIS SI HANTU PENANGGAL

5
(4)

FILEM : KRASUE – INHUMAN KISS
ORIGIN : THAILAND

‼️ KISAH CINTA TRAGIS HANTU PENANGGAL DENGAN MANUSIA ‼️

KRASUE ni lebih dikenali sebagai AHP (CAMBODIA), KASU (LAOS), PELESIT @ PENANGGALAN (INDONESIA),

PENANGGAL (MALAYSIA), MANANANGGAL (PHILIPPINES) & MA LAI (VIETNAM) wahhhh dah macam Cikgu Sejarah pula tiba-tiba..

Synopsis :

Krasue : Inhuman Kiss (2019) ini mengisahkan kisah cinta tragis antara SAI, NOI & JERD..Kisah dimulakan dengan pada tahun 1940an bila 4 sekawan Sai, Noi, Jerd dan Ting masuk ke dalam hutan untuk bermain sembunyi-sembunyi..Mereka pergi ke satu rumah lama dalam hutan yang mana dalam rumah tu terdapat Penanggal yang dipercayai dikurung disitu untuk menjadi penjaga hutan..

Sai ternampak satu kotak dalam satu bilik dirumah tersebut dan bertindak untuk masuk ke dalam kotak tersebut untuk bersembunyi tanpa menyedari kehadirannya disedari oleh hantu penanggal tersebut..

Masa berlalu pantas,Sai, Noi, Jerd dan Ting masing-masing sudah dewasa dan membawa haluan mereka sendiri..Noi berhijrah ke Bangkok, Sai dan Jerd di Thailand manakala Ting berkahwin.

Sai mula menyedari setiap kali bangun dari tidur akan ada kesan darah dikatil bermula dengan tompokan kecil darah hinggalah menjadi besar..Sai tidak menyedari langsung bahawa beliau adalah Penanggal sehingga pada suatu malam tu Sai melihat sendiri kepalanya tercabut dari badan untuk keluar mencari makanan.

Noi muncul kembali dari Bangkok dan melihat apa yang berlaku pada Sai..Noi tetap mencintai Sai malah sanggup membantu Sai bila mengetahui Sai adalah penanggal dan dalam masa yang sama Jerd juga mencintai Sai dan menjadi cemburu bila melihat keakraban Noi dan Sai..Rupa-rupanyanya Jerd juga dah lama mengetahui yang Sai adalah seorang penanggal ?

Kisah mereka menjadi tragis bila munculnya ketua kumpulan triad bernama Jad bersama kumpulannya telah datang ke kampung Sai untuk memburu dan membunuh penanggal..Rahsia demi rahsia terbongkar mengapa Jad terlalu taksub untuk membunuh semua penanggal-penanggal yang ada..

KISAH SERAM FILEM TURKI

Apakah kesudahan yang akan berlaku kepada Sai, Noi dan Jerd ini korang boleh tonton filem ini di applikasi berbayar NETFLIX..

Jom layan dulu trailer Inhuman Kiss ini dahulu:

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!