FILEM SERAM SUPERNATURAL THE REAPING 2007

4
(3)

THE REAPING (2007) sebuah filem “Seram Supernatural” Amerika membawa kisah tentang Katherine (Hillary Swank) yang telah hilang kepercayaan terhadap Tuhannya sejak peristiwa hitam pembunuhan keji yang menimpa ahli keluarganya.

Father Micheal Costigan (Stephen Rea) seorang paderi yang mengenali Katherine cuba memberi amaran kepadanya bahawa dia dalam keadaan yang sangat bahaya dari ancaman sebuah KEKUATAN YANG JAHAT, kesemua foto Katherine terbakar dengan sendirinya dan kemudian membentuk lambang Salib terbalik. Namun Katherine tidak akan pernah mempercayai apapun yang diperkatakan oleh Micheal.

Kerana kepakaran Katherine dalam bidang sains pengkajian alam, Katherine dan rakannya Ben (Idris Elba) ditugaskan untuk menyelidik satu kejadian misteri yang berlaku di sebuah pekan terpencil di Louisiana. Air sungai pekan tersebut bertukar menjadi kemerahan seperti darah dan ikan-ikan semua terapung-apung dan mati.

 

Katherine dan Ben terpaksa meredah sungai merah tadi menggunakan bot kecil untuk sampai ke satu kawasan hutan paya bagi mendapatkan lebih banyak sampel untuk diuji. Ketika Katherine sedang berjalan berseorangan di dalam hutan paya itu, dia dikejutkan dengan kemunculan seorang anak perempuan yang tiba-tiba muncul dari celah pokok.

Anak kecil itu ialah Loren McConnell (Anna Sophia Robb) yang baru sahaja kematian abangnya Brody dan mayatnya dijumpai dikawasan hutan paya itu. Apa yang MISTERI nya, hanya Loren yang tinggal bersama ibunya di kawasan hutan paya itu.

Sejak kembali dari hutan paya itu, pelbagai kejadian aneh mula berlaku, binatang-binatang ternakan banyak yang mati secara tiba-tiba. Saat itulah Katherine dan Ben mendapat maklumat dari pemilik ladang ternakan mengatakan terdapat satu keluarga di pekan mereka yang mana rumah mereka akan dikunjungi oleh orang-orang yang kelihatan seperti Penyembah Syaitan dan dia mengesyaki kematian binatang ternakan itu semua ada kaitan dengan “ritual” mereka.

Memburukkan lagi keadaan, setelah itu nyawa Katherine dan Ben juga dalam bahaya kerana semakin mereka selidik, semakin banyak tanda tanya dan misteri yang mereka perlu bongkar.

 

SPOILER ALERT

Warga di pekan itu mengganggap Loren adalah anak pembawa sial dan harus dibunuh demi kesejahteraan warga di pekan itu. Kenapa mesti dibunuh? Kerana ketika itu, pekan tersebut dilanda wabak misteri berjangkit yang telah meragut ramai nyawa dan masyarakat sekeliling percaya yang Loren adalah punca kepada munculnya wabak tersebut dan Loren juga dituduh telah membunuh abangnya. Sungai yang berubah menjadi merah darah dan semua tumbuhan dan binatang yang mati itu juga ada kaitan dengan Loren.

Siapakah Loren sebenarnya? Adakah Loren adalah ancaman sebenar atau ada yang lagi rahsia/misteri lain yang belum diketahui oleh Katherine? Kuasa jahat apakah sedang mengancam Katherine?

Review Ringkas

Secara keseluruhannya, sis sangat menyukai jalan cerita filem ini walaupun dari permulaan filem bagi sis ada sedikit meleret. Namun setelah masuk babak di Sungai yang penuh dengan darah itu, perkembangan plot semakin menarik. Kemunculan Loren juga memberi impak besar dalam jalan cerita ini kerana ternyata Loren membawa watak yang cukup memberi pengaruh kepada Katherine. Plot yang menarik dan semestinya “TWIST” yang tidak mudah diteka. Sis beri 8/10⭐⭐⭐⭐.

FILEM INI ANDA BOLEH TONTON DI NETFLIX

Info Filem
Genres: Sains Fiksi, Horror, Thriller
Pelakon: Hilary Swank, AnnaSophia Robb, David Morrissey, Idris Elba, Stephen Rea
Arahan oleh: Stephen Hopkins

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI