HELLBOUND

5
(8)

“HELLBOUND” juga merupakan salah satu siri dari NETFLIX yang ditunggu-tunggu! GEMPAK GILER MALAIKAT MAUT DIA! Boleh marathon 6 episod penuh nanti!!

“Bila kau mendapat ramalan yang kau akan mati, dan masa pun tiba, malaikat maut muncul di depan kau dan membunuh kau” – HELLBOUND

“HELLBOUND” adalah drama bersiri dari Korea Selatan yang berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama. Ia mengenai makhluk ghaib yang muncul entah dari mana untuk menghapuskan manusia yang dikutuk ke neraka, drama ini akan dibintangi oleh Yoo Ah-in, Park Jung-min, Kim Hyun-joo dan Won Jin-ah dan pengarah nya adalah orang yang sama dari filem “TRAIN TO BUSAN”. Sounds cool!

Plot:
Drama ini mengisahkan tentang sebuah dunia neraka ciptaan manusia di mana manusia bakal menghadapi fenomena supernatural yang akan berubah menjadi sebuah kutukan dan juga untuk mengatasi pelbagai masalah di dunia manusia.

Di sini Yoo Ah-in membawa watak sebagai ketua agama baru yang digelar “Saejinrihoe”. Dia menyebarkan khutbah malaikat maut dari neraka yang dikirim ke dunia manusia adalah wahyu dari tuhan. Ramai terpedaya dan taksub menjadi pengikutnya.

Watak Park Jung-min dan Kim Hyun-joo pula sebagai pengarah stesen Tv dan Detektif sebagai orang yang berusaha untuk mengungkap misteri malaikat maut dan kebenaran disebalik agama tersebut.

“Hellbound” juga merupakan salah satu siri dari Netflix yang mendapat pengiktirafan dan diundang ke Toronto International Film Festival (TIFF) ke-46 pada 9-18 Sept baru² ini. “Hellbound” menjadi drama Korea pertama yang diundang ke festival bertaraf dunia itu.

Jom Layan Trailer dulu sebelum tayangan pada 19/11 di streaming netflix

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI