True Beauty

5
(2)

True Beauty (2020)

Genre: romantic comedy

Episode: 16 episodes

Mengisahkan seorang pelajar perempuan yang berumur 18 tahun bernama Lim Ju Kyung lakonan Moon Ga Young. Ju Kyung sering dibuli kerana rupa parasnya yang hodoh. Kata – kata yang keluar dari mulut keluarganya juga sering menjadikan Ju Kyung sedih dengan kekurangannya

Disebabkan dia akan bertukar kesekolah baru, dan sering dibuli kerana rupa parasnya Ju Kyung belajar bagaimana untuk menghias diri dari melihat video tutorial di internet. Semasa disekolah semua terpegun melihat kecantikan Ju kyung. Keadaan itu menjadikannya popular dalam sekelip mata. Ju Kyung digelar ” goddess” di sekolah.

Walaupun sudah kelihatan cantik, Ju Kyung tetap berasa risau jika ada seseorang mengetahui rahsianya. Kerisauan Ju Kyung ternyata benar setelah berjumpa dengan seorang pelajar lelaki yang pernah beberapa kali melihatnya tanpa alat solek. Pelajar lelaki itu bernama Lee Su Ho lakonan Cha Eun Woo.

Su Ho juga mempunyai kisah tragic dimasa lalu yang menghantuinya. Su Ho yang dulunya mempunyai seorang kawan baik bernama Han Seo Jun lakonan Hwang In Youp telah terlerai kerana Seo Jun. Disebabkan Seo Jun, Su Ho telah mengalami kisah tragic tersebut. Dengan tidak sengaja Ju Kyung ditakdirkan untuk berkawan dengan mereka.

Apakah tragedi yang menimpa Su Ho? Dapatkah Su Ho dan Seo Jun berkawan seperti sebelum ini? Dapatkah Ju Kyung minyampan rahsia tentang wajahnya?

Saksikan kisah mereka bertiga didalam ” True Beauty” di platform Viu Malaysia

Trailer

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI