Astro Originals Terbaru “i.D. Swipe, Steal, Love” Bakal Menemui Anda 23 Februari Nanti!

5
(3)

Syarikat perkhidmatan televisyen digital satelit pertama Malaysia iaitu Astro membuka tahun 2024 dengan siri Astro Originals terbaru iaitu i.D. Swipe, Steal, Love! Siri original ini memang ditunggu-tunggu kerana jalan ceritanya yang menarik dan lain dari yang lain serta barisan pelakon yang membintangi drama siri ini juga adalah pelakon-pelakon terkenal dengan bakat lakonan yang memang hebat. 

 

Baru-baru ini pada 6 Februari 2024, pihak Astro telah mengadakan sidang media untuk promosi drama siri terbaru ini. Kelihatan para pelakon yang membintangi drama ini iaitu Naim Daniel, Amelia Henderson, dan beberapa orang pelakon lain turut hadir untuk memeriahkan majlis sidang media i.D. Swipe, Steal, Love tersebut. Pihak Astro juga telah mengesahkan bahawa siri Astro Originals ini bakal ditayangkan secara perdana pada 23 Februari 2024 di saluran Astro PREMIER CH 410 pada pukul 9 malam dah boleh dilayari secara atas talian di Astro Go On Demand pada tengah malam hari yang sama. 



i.D. Swipe, Steal, Love diarahkan oleh pengarah terkenal Razaisyam Rasyid yang sebelum ini pernah mengarahkan drama siri Projek: Anchor SPM bersama Anwari Ashraf. Razaisyam Rasyid juga pernah mengarahkan filem seram supernatural bertajuk Pusaka (2019). 

 

Siri Astro Originals terbaru ini membawa genre jenayah yang mengusung tema jenayah siber, buli, dan juga diselit dengan kisah romantik antara watak utama sebagai selingan. cerita yang mempunyai idea segar yang jarang-jarang dibawa dalam naskah-naskah drama tempatan di Malaysia.



Sinopsis ringkas i.D. Swipe, Steal, Love

 

Drama siri ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang memang berkemahiran dan pakar dalam bidang sains digital, serta mampu mereka cipta aplikasi sendiri. Menjadi seorang pemuda yang genius dan pintar bukan kelebihan baginya kerana dia sering dibuli. Anak muda ini juga sangat menyukai seorang pempengaruh (influencer) wanita terkenal. 

Sukar untuk dia memikat pempengaruh terkenal tersebut, akhirnya dia menggunakan kebolehannya dalam dunia sains digital dengan mengubah identiti dan penampilannya di media sosial untuk mendekati pempengaruh yang diminatinya itu. Tanpa disedari, lama-kelamaan perkara yang dilakukan olehnya menyebabkan dia terperangkap dalam jenayah penipuan dan berakhir sebagai scammer.



Senarai pelakon yang membintangi i.D. Swipe, Steal, Love

 

  • Aedy Ashraf sebagai Jasman

 

  • Amelia Handerson sebagai Anggun Zahara

 

  • Naim Daniel sebagai Tengku Remy

 

  • Susan Lankester sebagai Nadi

 

  • Datuk Rosyam Nor


Jika anda sudah biasa dengan karya-karya hebat dari Astro Originals, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton i.D. Swipe, Steal, Love. Jadi jangan ketinggalan untuk menonton tayangan perdana siri Astri Originals ini pada 23 Februari 2024 nanti!


 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI