Kisah Benar Seram Vietnam “The Housemaid (2016)”

4.9
(10)

BERDASARKAN DARI KISAH SEBENAR

“Seorang isteri membunuh dirinya setelah kematian bayinya dan kembali sebagai roh yang tidak tenang menghantui sang suami”

Kisah filem ini diceritakan semula berdasarkan dari memori dan ingatan nenek si penulis filem ini, Derek Nguyen yang ketika itu merupakan seorang pembantu rumah milik pegawai Perancis Kapten Sebastien Laurent (lakonan Jean-Michel Richaud) yang memiliki sebuah rumah ladang yang sangat luas. Kisah ini berlaku ketika Vietnam berada di bawah pemerintahan Kolonial Perancis pada tahun 1953.

Disebalik kekayaan, kemegahan dan pangkat yang dimiliki oleh keluarga Kapten Sebastien Laurent terselit sebuah kisah pilu dimana isterinya telah mati membunuh diri setelah bayinya meninggal dunia dan depresi kerana ditinggal lama oleh Kapten Sebastien yang pergi berperang ketika itu.

Suatu hari, rumah ladang Kapten Sebastien didatangi oleh seorang gadis muda yang cantik bernama Linh (lakonan Kate Nhung) yang datang untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan Kapten Sebastien yang ketika itu sedang luka parah dan dirawat oleh Linh mula jatuh cinta dengan Linh. Ya kalau Min berada ditempat Kapten, min pun akan jatuh cinta dekat Linh. Suka tengok Kate Nhung, cantik! Ditambah lagi dengan lakonannya dalam filem ini memang nampak sempurna dan benar-benar menjiwainya hingga terbawa-bawa dengan emosi.

Kembali kepada kisah filem ini, setelah hubungan terlarang Linh dan Kapten mula terjalin dan mula tersebar di kalangan orang-orang gajinya; satu persatu kejadian aneh mula berlaku di sekitar rumah ladang itu. Linh dan salah seorang pembantu rumah itu, Bao bersama-sama cuba menyelongkar rahsia dan misteri yang disembunyikan rumah itu.

Mereka mendapat tahu isteri Kapten iaitu Camille sebenarnya telah membunuh bayinya dan kemudian melemaskan dirinya sendiri di sebuah tasik berdekatan semasa Kapten pergi berperang.

Adakah ini bermaksud kehadiran Linh dan hubungan intim yang terjalin dengan Kapten telah membuat roh Camille marah dan kembali menghantui mereka?

Mungkin juga bukan? Kerana banyak lagi peristiwa hitam yang masih belum terungkai diantaranya kisah silam Linh, siapakah Linh ini? Apa pula rahsia yang disembunyikan oleh orang-orang gaji yang telah lama berkhidmat di rumah ladang itu. Atau mungkin Kapten Sebastien sendiri mempunyai masa lampau gelap yang kita tidak ketahui?

Review: Mungkin sebahagian penonton akan dapat mengesan sedikit “plot hole” dalam filem ini, namun bagi min itu hanyalah kejanggalan kecil yang min boleh abaikan sahaja kerana penceritaan dalam kisah ini sudah cukup memberi kesan melodramatik yang tersusun. Yang pastinya TWIST yang disampaikan mendapat perhatian min! Oleh kerana itu, filem ini sememangnya layak mendapat 4/5⭐⭐⭐⭐ dari Min. Bagaimana pula anda semua?

Saksikan dulu Trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.9 / 5. KIRAAN BINTANG 10

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI