The Brothers Sun – Michelle Yeoh Mama Ganas

0
(0)

Sudah menjadi impian Brad Falchuk dan Byron Wu sewaktu menghasilkan filem The Brothers Sun adalah untuk menjadikan Michelle Yeoh sebagai Eileen “Mama” Sun, seorang ibu dalam siri baharu mereka.

 

Siri ini tentang keluarga jenayah Amerika Taiwan yang sedang membangun dan bersatu. Mereka menyatakan watak itu memang ditulis untuk Michele Yeoh tetapi ia tidak berlaku sepertimana yang mereka bayangkan akan terjadi.

 

 

Apabila Brad Falchuk dan Byron Wu bekerjasama, mereka menghasilkan sebuah komedi gelap yang meletup! Walaupun ganas tetapi ia menyeronokkan dan lucu menurut Michelle Yeoh.

 

Yeoh menambah lagi, ia sebuah cerita yang bagus tentang keluarga dan apa yang diperlukan untuk menjadi sebuah keluarga

 

 

Selepas jatuh cinta dengan “budak desa” yang membesar menjadi salah seorang samseng terkemuka di Taiwan, Eileen Sun membuat pilihan untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya seorang anak mereka dari terlibat ‘perniagaan’ keluarga sementara dia mempunyai peluang.

 

Jadi dia membawa anak bongsunya, Bruce (Sam Song Li) bersamanya ke San Gabriel Valley di Los Angeles dan meninggalkan anak sulungnya, Charles (Justin Chien), kembali ke Taiwan bersama bapanya Big Sun (Johnny Kou). Dia kemudian dibesarkan menjadi pembunuh yang hebat dan dikenali.

 

Menurut Falchuk peranan Mama Sun memerlukan seseorang yang lemah lembut pada masa tertentu namun sebenarnya seorang yang kuat. Pelakon itu perlu menjadi luar biasa untuk menjayakan watak itu dan Michelle Yeoh adalah orang yang tepat untuk melakukannya.

 

 

Perjalanan anak-anak lelakinya untuk mempelajari sepenuhnya kekuataan ibu mereka adalah berdasarkan pengalaman Wu dengan ibunya sendiri, yang merupakan pengurus pembangunan di Microsoft.

 

Wu berkongsi bagaimana dia menyangka ibunya hanyalah seorang yang mudah diperdaya dan sering dimalukan. Namun dia kemudian mendapati bahawa ibunya amat digeruni dan dihormati dalam perniagaannya.

 

Serial terbaru bertajuk The Brothers Sun ini diterbitkan sebanyak satu musim. Aksi lakonan mantap Michelle Yeoh ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di platform Netflix.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI