IMPRINT (2006)

4
(2)

Salah satu filem yang PALING “DISTURBING” dan ending yang menyayat hati yang sis pernah layan! This film totally “MIND BLOWING”! Creepy and unique!!

Bagi anda yang dah biasa layan filem² ekstrim bergenre Horror Psycho Thriller, nama Takashi Miike tentu sudah tidak asing lagi.

IMPRINT (2006) merupakan sebuah karya “MASTERPIECE” dari Takashi Miikes, dibintangi Billy Drago merupakan filem berdurasi 1 jam yang diambil dari episod ketiga belas musim 1 dari Antologi “The Masters of Horror”.

Filem ini pernah menjadi kontroversi dan dibatalkan dari ditayangkan di pawagam pada 27 Januari 2006 kerana dibimbangi kandungan filemnya yang sangat “DISTURBING” dan sangat grafik. Ia kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk DVD pada 26 September 2006.

? Extremely Wicked, Violence, Evil, Bloody Gory! Dilarang tonton bersama anak² dan Ibu² mengandung. Tidak sesuai untuk tontonan umum. Tonton atas risiko sendiri!

IMPRINT mengisahkan Christopher (Billy Drago) dari Amerika yang melakukan pengembaraan ke Jepun pada abad ke 19 untuk menjejaki kekasih hatinya yang telah lama menghilang.

Alkisahnya dahulu, Christopher telah jatuh cinta dengan seorang pelac*r Jepun bernama Komomo. Disaat cinta mereka mula membara ibarat hidup mati tetap bersama… Christopher akhirnya terpaksa meninggalkan Komomo untuk kembali ke Amerika tapi dengan sebuah janji yang dia akan kembali untuk Komomo dan membina kehidupan baru di Amerika kelak.

Malangnya, saat Christopher kembali dengan janjinya…Komomo telah pun dijual kepada rumah pelac*ran lain. Sejak itu, Christopher tidak berhenti menjejakinya.

Disinilah klimaks filem bermula apabila pencarian Christopher telah membawanya ke sebuah pulau yang penuh misteri dan kisah mistiknya!

Rupanya-rupanya, Komomo pernah berada di pulau tersebut namun penduduk setempat seolah-olah cuba merahsiakan sesuatu daripada Christopher. Apakah yang telah berlaku kepada Komomo sebenarnya di Pulau yang penuh misteri itu??

Okay..setakat itu sahaja sis reveal. Kisah selanjutnya anda boleh cari dan layan sendiri filem ini ya. Senang je nak dapat filem ini, anda hanya perlu buat carian goggle pasti akan jumpa!

Oh ya..bagi yang tidak ada keberanian untuk menonton filem ini, anda boleh layan trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI