Lanchang Bethol! Jasmine Jawab Soalan Pedas

0
(0)

Baru-baru ini nama Sarah Jasmine menjadi perbualan hangat di kalangan warganet apabila dia memuat naik bukti-bukti tangkap layar perbualan WhatsApp yang melibatkan pergolakan rumah tangga Aliff Azis dan isterinya Bella Astilah.

 

Siapa sebenarnya insan bernama Sarah Jasmine ini? Wanita berasal dari negara seberang tambak berumur 24 tahun ini merupakan seorang ibu kepada dua orang anak yang telah hilang pekerjaannya kerana Aliff Azis, seperti yang dia nyatakan kepada wartawan.

Sebuah rancangan di bawah Astro Gempak bertajuk Gempak Most Wanted: Lanchang Bethol telah menemubual Sarah Jasmine bagi mendapatkan jawapan dan respon darinya.

 

Rancangan bertarikh 28 april 2024 itu ditayangkan di seluruh platform Astro Gempak. Pelbagai soalan yang diambil dari komen-komen warganet telah diajukan dan semuanya berbunyi pedas.

Antara komen yang panas seperti mencemuh Sarah sebagai perempuan second hand dan membuat kecoh satu dunia selepas dia sudah ‘sedap’ dengan artis lelaki dari Singapura tersebut.

Anda boleh baca sendiri komen-komen tu kat bawah ni. Sarah Jasmine ketika diajukan soalan memberikan respon dengan tenang sahaja namun dia tetap mengaku dirinya sedang menahan marah.

Temubual penuh boleh ditonton di Facebook page Astro Gempak.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI