ULASAN RED NOTICE

5
(1)

Film thriller rompakan aksi yang dipenuhi plot twist menarik juga gelagat lawak jenaka yang bersahaja dan sangat sesuai untuk ditonton seisi keluarga yang dibintangi oleh Dwayne Johnson(The Rock), Ryan Reynolds (Deadpool) dan Gal Gadot(Wonder Women) ini merupakan salah satu film yang boleh dikatakan boleh ditonton seisi keluarga.

Siapa sangka Dwayne Johnson adalah ahli gusti (WWF) dan keberadaanya menjadi salah seorang pelakon dengan bayaran tertinggi dalam dunia perfilman.Bintang aksi gusti dikenali (The Rock) seketika dahulu itu menjadi sangat terkenal dengan drastik sekali kerana daya tarikan muka yang sombong , lakonan yang tidak kayu dan bersahaja menjadikan pilihan pengarah perfilman untuk menjadikan ia sebagai watak utama atau sampingan


Sinopsis dan ulasan serba sedikit film “Red Notice,” kerjasama terbaharu pelakon itu dengan penulis dan pengarah Rawson Marshall Thurber (“Skyscraper,” “Central Intelligence”). Dalam filem pengembaraan Netflix tentang polis dan pencuri antarabangsa yang mencari harta karun yang dikatakan sangat bernilai harga dan sangat jarang ditemui.

Dalam filem itu, Johnson memainkan watak John Hartley, seorang berprofile FBI yang terpaksa bekerjasama dengan pencuri seni professional Nolan Booth (Ryan Reynolds) dan akhir sekali “The Bishop” (Gal Gadot), seorang pencuri seni yang gemar sabotaj sesiapa sahaja.

Bersama-sama mereka membentuk tiga stereotaip dlm misi antara: orang kuat berbadan sasa, pelawak “pencuri” licik dan wanita terhangat.

Plot film ini boleh dikatakan lebih kepada film yang pernah dilayarkan “Indiana Jones” untuk menjejaki dan memiliki tiga telur emas Cleopatra.

Di Rom, Nolan mengatasi Hartley selepas berlari gila menerusi muzium galery seni,Nolan terlepas dari persengketaan tersebut dan ditangkap jua,walaupun nasib Hartley juga malang menimpanya di Bali. Kedua-duanya menjadi kawan di penjara Rusia dan akhirnya pergi ke gala di Valencia tujuan bersepakatan kerjasama.


Kami tidak inginkan memberi ulasan panjang lebar dan cukup berterus terang secara pribadi kami terkejut dan sangat jarang menonton film yang terasa sangat bosan dengan gambar CGI seperti plastik dan walaupun terdapat filem blockbuster berkualiti yang dihasilkan oleh CGI yang canggih Hollywood selama beberapa generasi.Walaupun dengan bajet tinggi dan dengan tambahan pelakon Super star dan sangat terkenal ia dilihat tidak dibelanjakan pada perkara yang boleh menambah nilai filem ini.

Lagi plot twist dalam perjalanan cerita yang boleh dikatakan terlalu biasa dan boleh diagak.Ketidak keserasian antara watak utama yang dimainkan dalam film juga antara faktor sebabnya menjadikan film ini dianggap membosankan penonton.

Kesimpulan penuh ini cuma sebuah film santai yang tidak mempunyai klimaks. Jadi jika anda menonton, mungkin anda tidak akan berasa puas hati dengan bagaimana film ini ditamatkan,tetapi secara keseluruhan anda boleh sahaja terhibur kerana watak yang layak mendapat dan diberi pujian.Kami memberikan rating 6/10

(What are you Doing Ed?)

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI