Bernie 2011

5
(1)

Jack Black memainkan peranan Bernie Tiede, seorang mortician atau tukang mayat atau juru solek mayat yang baik hati dan suka tolong-menolong. Banyak penghuni Carthage, Texas, memuji sikap Bernie.

Pada satu upacara pengebumian, iaitu mendiang Mr.Nugent, yang Bernie kendalikan, dia bertemu dengan balu Mrs.Nugent.

Dengan sikap Bernie, dia melawat dan menemani Mrs.Nugent kerana sudah bertahun-tahun anak dan cucu cicit tidak mengendahkan dia.

Mrs.Nugent sebenarnya seorang jutawan dan sikapnya adalah sangat tegas dan sukar untuk orang lain bergaul bersama dia. Dengan kemunculan Bernie, Mrs.Nugent mula meluaskan hati dengan melancong ke merata tempat dengan Bernie.

Bernie kemudia meletakkan jawatan dia sebagai mortician dan berkerja untuk Mrs.Nugent.

Bernie mengendalikan hampir semua urusan atas nama Mrs.Nugent. Dari pelaburan, pemakaian, makanan, pemandu kereta, dan lain-lain lagi sehingga Bernie tiada masa untuk dirinya sendiri.

Walaupun besar tekanan bekerja dengan Mrs.Nugent, Bernie dengan sikapnya yang sukar untuk menolak dan menolong orang lain, dia terus bekerja di sana dan secara perlahan-lahan timbul pertelingkahan antara mereka.

Suatu hari semasa Bernie dalam latihan theatre dia, Mrs.Nugent telefon dan mengesah Bernie balik untuk menyiapkan pakaian dia untuk pergi makan.

Semasa Mrs.Nugent berleter, segala perasaan yang terpendam dalam Bernie timbul dan Mrs.Nugent ditembak dari belakang semasa berjalan ke kereta.

Bernie menyorokkan mayat Mrs.Nugent dan meneruskan hidupnya seperti biasa. Dia mula menderma dan membantu penghuni-penghuni Carthage dengan duit Mrs.Nugent. Selama 9bulan Bernie dapat elakkan pertanyaan berkenaan Mrs.Nugent sehingga bayaran untuk broker saham Mrs.Nugent tidak diterima, dia menghubungi anak dan cucu Mrs.Nugent. Mereka mendapatkan waran geledah rumah dan mendapati mayat Mrs.Nugent.

Bernie kemudian didakwa dengan first degree murder oleh peguam tempatan, Danny Buck(Matthew McConaughey).

Pendapat para penghuni dibahagi, ada yang menyuruh Danny tidak mendakwa Bernie, ada yang berpendapat Bernie patut masuk penjara.

Akhirnya Bernie kalah dalam kes ini dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

 

Fakta :

1. Filem Bernie adalah berdasarkan kisah benar, dia masih hidup dan dipenjarakan

2. Bernie didera oleh pakciknya semasa kecil dan ada petunjuk bahawa Mrs.Nugent dengan sikapnya yang suka mengawal Bernie ada unsur penderaan.

3. Pada tahun 2014, Bernie dibebaskan parol atas jaminan dia tinggal bersama pengarah filem Richard Linklater.

4. Keluarga Nugent terkejut dengan parol Bernie dan mengatakan filem ini telah membantu dia.

5. Namun, Bernie sekali lagi dipenjarakan pada tahun 2016 dengan hukuman penjara 99tahun

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI