FIRE (NO ESCAPES) 2020

5
(1)

FIRE (2020) Api yang memusnahkan segala-galanya di laluannya dan membawa semua orang bersamanya.

Filem dimulakan dengan babak yang mencemaskan dimana sepasukan bomba yang terdiri daripada 6 orang ahli sedang terperangkap di tengah-tengah hutan yang tengah marak membakar. Dari pandangan atas langit, kita dipertontonkan dengan sebentuk api yang sedang melompat-lompat di kawasan hutan yang masih terdedah seolah-olah sedang mengejar sesuatu!

Kemudian di babak lain 6 ahli pasukan bomba tadi yang telah terperangkap, untuk mengelak dari menjadi “makanan” keganasan api tersebut, mereka menggali tanah sedalam yang mampu kemudian menutup diri mereka dengan selimut tahan api. Namun ketika api makin marak dan mendekati mereka, salah seorang ahli melarikan diri ke arah hutan yang masih belum terbakar sepenuhnya, walaupun sebelum itu ketua pasukan telah memberitahunya untuk tidak pergi ke arah sana sebab katanya: “API PUN MEMPUNYAI MUSLIHAT!” Dia tidak mengendahkannya dan tetap berlari ke arah hutan itu juga. Sedang dia membuka langkah seribu, API yang melompat-lompat yang kita dapat lihat dari atas langit pada awal babak tadi itu telah mula mengejarnya dan mula membakar kawasan yang tidak terbakar tadi sehinggalah ahli bomba yang degil itu tadi turut dimamah api.

FIRE adalah sebuah filem yang cukup menarik dan sangat hebat dari segi paparan sinematografinya. Kisah tentang pasukan bomba dan penyelamat yang mendedikasikan diri mereka berhadapan dengan bahaya maut dan risiko demi menyelamatkan warga yang dalam kesusahan. Hanya mereka sahaja yang dapat membantu dan menyelamat untuk melawan kuasa alam yang tidak terkawal.

FIRE atau juga dikenali sebagai NO ESCAPES adalah sebuah filem tahun 2020 yang bergenre “THRILLER ACTION DISASTER“, tentang bencana alam yang berlaku di Rusia pada tahun 2019 di Wilayah Krasnoyarsk di Rusia yang telah membakar lebih daripada 20.9 juta hektar tanah di Rusia dan 10.9 juta hektar hutan. Bukan setakat itu sahaja, malah sehingga ke hari ini pun masih banyak laporan tentang kebakaran hutan yang berlaku di wilayah tersebut.

Untuk filem ini, yang paling menariknya babak kebakaran hutan yang berlaku merupakan rakaman kejadian sebenar. Patutlah dari segi kesan visual dan sinematografi nya kelihatan sangat realistik dan hebat! MEMANG NAMPAK REALISTIK! Rupanya diambil dari rakaman sebenar.

kita juga akan dapat melihat setiap karakter dalam filem yang berfokus kepada ahli pasukan Andrey yang mana pada awal-awal babak filem salah seorang ahli pasukannya terkorban dan untuk misi seterusnya dia perlu mencari penggantinya yang akhirnya dia telah merekrut seorang “Newbie” yang juga merupakan kekasih anak perempuannya. Yang lawaknya babak ini ada pengaruh ala-ala filem legenda “Armageddon”.

Secara keseluruhan, ini adalah filem “survival” yang cukup menarik dan kita akan rasa pada permulaan plot ini seperti filem-filem bencana api yang biasa kita tonton dari negara-negara lain. Sebaliknya tidak! 20 minit kemudian, plot cerita mula berubah secara dramatik! Filem yang pasti memikat hati! Dan ada beberapa babak yang pasti buat anda rasa emosional.

Difahamkan juga filem ini adalah yang paling dinanti-nantikan di seluruh pawagam Rusia pada tahun 2020 lepas dan seperti dijangkakan filem ini telah mencapai tahap box office dan meraih banyak impak positif. Budget filem cuma 550 juta dan mereka berjaya mencapai lebih dari 926.8 juta.
Pengarah filem Alexei Nuzhny ini juga bukan calang-calang pencapaian nya dalam bidang perfileman dan program televisyen di Rusia.

Saksikan Official Trailer nya di

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI