The Experts Pertaruh Kisah Benar Heist Lokal

0
(0)

Astro Shaw mempertaruhkan satu lagi filem bertemakan jenayah/crime terbaru yang mengisahkan tentang adik beradik pakar dalam rompakan.

 

Filem The Experts ini mengambil kisah benar sebagai inspirasi jalan ceritanya. Digarap dengan pelbagai elemen komersil yang pastinya memberikan keterujaan kepada penonton.

Sinopsis filem.

 

Selepas satu dekad meninggalkan aktiviti rompakan, lima adik beradik kembali bersama kerana mereka telah diancam.

 

Mereka mendapat arahan daripada seorang samseng yang terkenal untuk melakukan satu rompakan yang berisiko tinggi.

 

Mereka juga terpaksa berdepan dengan dendam lama, tragedi keluarga, dan bayang-bayang sejarah lampau jenayah mereka.

 

Setiap dari mereka terpaksa berkorban segala-galanya untuk melindungi keluarga mereka dalam keadaan yang paling sulit.

Terbitan Astro Shaw, di bawah produksi oleh BlackFlag, The Experts yang menampilkan bintang terkemuka Malaysia seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat dan Michael Ang.

 

Filem ini akan menemui penonton di pawagam di seluruh dunia tanah air pada 23 Mei.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI