U TURN (2016) – MAUT YANG MEMBURU

5
(3)

U TURN merupakan sebuah filem Kannada misteri thriller dengan elemen supernatural yang pasti bisa membuatkan jantung penonton berdebar-debar. Filem Kannada ini diarahkan oleh pengarah terkenal dari Sandalwood iaitu Pawan Kumar. Pawan Kumar terkenal dengan arahannya melalui filem psikologikal thriller iaitu Lucia (2013). U TURN dibintangi oleh Shraddha Srinath, Roger Narayan, Radhika Chetan, Dileep Raj, Skanda Ashok dan Pramod Shetty.

Filem U TURN  telah dibuat dalam beberapa remake versi Malayalam, Telugu, Tamil, Sri Lanka dan juga Filipina.

Ternyata U TURN adalah sebuah naskah yang berbaloi ditonton. Sepanjang plot penceritaan berlangsung, para penonton sering berteka-teki tentang apakah misteri disebalik kejadian ‘bunuh’ yang berlaku. Muzik latar untuk filem ini berjaya menambah debar dalam hati penonton. Permulaan filem ini benar-benar memberi kesan thrill dalam jiwa penonton,sampai ke pertengahan kita bakal dikejutkan dengan pembabitan kuasa supernatural dalam setiap kecelakaan yang berlaku. Penonton juga bakal disajikan dengan kejutan yang berjaya menambah perencah wow ke dalam filem ini.

Awas spoiler :

Rachana (Shraddha Srinath) merupakan seorang wartawan pelatih di sebuah syarikat akhbar. Wartawan muda itu amat tertarik untuk mewawancara pengguna jalan yang sering mengalihkan batu penghadang jalan di sebuah jejambat untuk melakukan pusingan U secara haram.

Akibat mengalihkan batu penghadang jalan bagi membuat pusingan U, banyak kemalangan berlaku. Rachana mengupah seseorang untuk menulis nombor plat kenderaan milik orang yang mengalih batu penghadang. Rachana memiliki senarai beberapa orang pengguna jalan raya. Malang baginya apabila dia dituduh membunuh salah seorang dari pengguna jalan raya dalam senarainya. Lebih mengejutkan apabila pihak polis mendapati semua pengguna jalan raya yang terdapat dalam senarai Rachana telah meninggal akibat bunuh diri.

Misteri yang terus menghantui pihak polis dan Rachana sendiri. Bagaimanakah mereka merungkai semua kematian ini? Apakah kaitan kematian-kematian misteri ini dengan batu pembahagi jalan dan pusingan U?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI