RYAN REYNOLDS BERHENTI SEKETIKA DARI DUNIA LAKONAN

5
(1)

Bintang filem Deadpool Ryan Reynolds baru-baru ini telah mengumumkan tentang keputusannya untuk berehat seketika dari dunia lakonan dan kerja-kerja membikin filem.

Setelah selesai penggambaran filem Spirited , pelakon itu mengumumkan di laman Instagram miliknya bahawa dia akan mengambil cuti panjang dari dunia lakonan dan kerja-kerja kreatif.

Dalam satu wawancara bersama LinkedIn pelakon popular itu menerangkan bahawa dia sudah lama bercadang untuk berehat sebentar dari dunia seni.

Saya tidak mahu kehilangan saat-saat penting bersama anak-anak saya” demikian harapannya yang telah dikongsi bersama.

Pelakon itu turut menambah “ Saya mahu anak-anak saya mempunyai rutin hidup yang normal. Selama bertahun-tahun saya dan Blake(isterinya) bergilir-gilir menjaga anak-anak. Jika Blake menjalani penggambaran,saya akan berada di rumah bersama anak-anak,dan sekiranya saya yang mempunyai jadual penggambaran, Blake pula akan berada di rumah.”

Menurut Ryan Reynolds lagi dia mahu melakukan rutin harian menghantar dan menjemput anak-anaknya pulang sekolah serta melakukan perkara-perkara yang disukainya tanpa terikat dengan jadual yang padat.

Jadi sudah tiba masanya bapa kepada 3 orang cahaya mata ini menumpukan perhatian kepada keluarganya setelah berhempas pulas di set penggambaran selama bertahun lamanya.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI