THE PARAMEDIC 2020

5
(1)

TITLE: THE PARAMEDIC 

RELEASE DATE: SEPTEMBER 2020

GENRE: THRILLER

seorang lelaki bekerja sebagai seorang paramedic yang bernama Angel Hernandez tinggal bersama kekasihnya Venesa atau Vane. Untuk mendapatkan pendapatan lebih Angel sering mencuri barang-barang berharga dari pesakitnya. Dalam masa yang sama Angel dan Vane sedang berusaha dalam mendapatkan cahaya mata, tetapi malangnya usaha mereka gagal kerana Angel mempunyai masalah.

Pada satu hari ketika Angel menghantar pesakitnya ke hospital, ambulan yang dinnaiki Angel mengalami kemalangan dan kemalangan tersebut telah membuatkan Angel menjadi lumpuh separuh badan.

Semakin lama hubungan Angel dan Vane semakin renggang. Angel menjadi semakin paranoid dengan aktiviti harian Vane di luar. Sehinggalah Angel memasang alat pengintip di telefon bimbit Vane. Angel mendengar perbualan Vane dan rakan baiknya sendiri Ricardo.

Vane sering mengadu perihal Angel kepada Ricardo, dimana Angel sering melakukan penderaan emosi kepadanya. Ricardo memberikan pendapatnya kepada Vane bahawa dia perlu meninggalkan Angel.

Pada satu malam selepas Vane pulang kerja, Angel telah menyediakan makan malam istimewa untuk mereka berdua. Mereka makan bersama seperti pasangan kekasih yang lain. Semasa Angel mandi, Vane melihat komputer riba Angel. Dia melihat bahawa Angel memerhatikannya melalui alat pengintip di telefon bimbitnya. Selepas mengetahui akan hal itu, Vane pun keluar dan menamatkan hubungan mereka.

Setelah beberapa bulan mereka berpisah, Angel masih mengekori Vane. Dia mengetahui bahawa kini Vane bersama Ricardo dan Angel juga mengetahui bahawa Vane sedang mengandung anak Ricardo.

Angel bertemu dengan Vane, dia meminta Vane mengambil barang-barangnya di rumah Angel kerana Angel telah mengumpulkan kesemua barang-barang peribadi Vane. Pada mulanya Vane agak keberatan, setelah dipujuk oleh Angel dia bersetuju.

Semasa Vane sampai di rumah Angel, Angel menyuntik Vane sehingga pengsan. Vane telah diikat di atas katil. Dengan menggunakan telefon bimbit Vane, Angel telah menghantar pesanan kepada Ricardo seperti Vane tidak mahu Ricardo mencarinya lagi.

Vane baru sahaja sedar dari pengsan mendapati dirinya diikat tangan. Vane juga telah disuntik dengan ubat yang dapat melumpuhkan separuh badannya sehingga kakinya tidak dapat bergerak. Semasa dia cuba melarikan diri, jiran Angel mendengar bunyi bising dari rumah Angel dan datang menyiasat. Tetapi malangnya, dia telah dibunuh oleh Angel setelah jirannya mengugut untuk menelefon polis.

Dalam masa yang lain, Angel datang kerumah Ricardo. Angels telah membunuh Ricardo dengan kejam.

Apakah nasib yang bakal menimpa Vane? Dapatkah Vane melepaskan diri dari Angel?

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI