Dhanussh Angkat Isu Kesihatan Mental Dan Jenayah Siber

0
(0)

Filem terbaru yang menghiasi industri perfileman lokal bertajuk Dannussh memberikan tumpuan terhadap isu kesihatan mental dan juga jenayah siber yang semakin menular.

 

Filem ini memberi tumpuan terhadap mesej sosial yang kuat tentang bagaimana orang ramai menjadi mangsa akan berita palsu yang tular dalam media sosial.

 

Selain itu filem ini menyentuh tentang bagaimana berita palsu itu mampu mempengaruhi kehidupan seseorang.

Filem ini mengisahkan Kathir seorang yang miskin tetapi cemerlang dalam bidang pendidikan. Dia belajar di sebuah universiti swasta dengan bantuan kerajaan.

 

Semasa belajar di universiti, dia mempunyai dua orang sahabat baik bernama Bahau boba dan Arun. Namun, terdapat juga seorang pelajar yang menjadi musuhnya bernama Sanjay.

 

Sanjay adalah anak kepada pemilik universiti itu. Sanjay sangat iri hati dengan Kathir kerana sering mendapat kedudukan teratas dalam pencapaian pendidikan. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati maka Sanjay sering memberikan masalah kepada Kathir.

Di universiti Kathir juga mempunyai seorang kekasih yang bernama Yara. Suatu hari sewaktu Kathir bakal menduduki peperiksaan tahun akhir dia dilarang menduduki peperiksaan tersebut.

 

Ini adalah disebabkan oleh dia dituduh atas sebuah kes palsu dimana video lucah palsu yang melibatkan Yara sudah tertular di laman media sosial.

 

Akibatnya, berlaku suatu tragedy yang paling traumatik lalu Kathir mengalami kemurungan yang teruk. Dia kemudian ditempatkan di hospital psikiatri.

Semasa kisah itu mengembara di sekitar masa silam Kathir, terdapat juga jalan cerita lain yang berjalan secara selang seli di mana beberapa orang awam membuat laporan kepada polis bahawa video palsu mereka juga tertular di media sosial.

 

Semasa dia dirawat di hospital, pelbagai kes video palsu dilaporkan oleh orang ramai. Kes itu meningkat dari hari ke hari.

 

Inspektor Sathyavel bersama konstabel Kathavarayan dengan bantuan jabatan jenayah siber berusaha untuk menahan penggodam yang membuat video palsu menggunakan identiti orang awam dan menjadikannya tular di media sosial.

 

Memang hebat jalan cerita filem ni. Jadi jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam berhampiran yang terpilih!

 

Sebelum terlupa, dekat YouTube ada tiga single original soundtrack khas yang dibuat untuk filem ini. Korang boleh dengar dan tonton di sana ya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI