Yuran Langganan Netflix Bakal Naik!

5
(1)

Netflix Inc telah menaikkan yuran bulanan sebanyak $1 ke $2 sebulan di United States bergantung kepada plan. Syarikat tersebut memberitahu perkara ini adalah untuk membantu membayar program-program baru dalam bersaing dengan pasaran Tv streaming.

Plan asal berharga $13.99 sebulan meningkat kepada $15.49 di US. Harga juga dilihat meningkat di Canada dari C$14.99 kepada C$16.49

Menurut jurucakap Netflix, mereka memahami pelanggan mempunyai banyak pilihan hiburan jadi mereka komited untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih baik kepada pelanggan mereka.

Mereka memberitahu lagi, kenaikan ini adalah untuk memberikan pilihan hiburan yang lebih meluas serta meningkatkan lagi kualiti konten yang sedia ada. Namun pilihan plan mengikut bajet pelanggan masih ditawarkan seperti biasa.

Sumber Reuters

Nampaknya peningkatan harga yang diumumkan seperti petanda harga yuran bulanan di negara lain juga bakal naik.

Apa pendapat anda? Adakah anda salah seorang pelanggan Netflix? Jika anda mahu mencuba langgan Amazon Prime, sila klik link sini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI