JOKER JEPUN mengamuk dan menikam 17 orang penumpang

0
(0)

Siapa sangka begitu besarnya pengaruh watak JOKER dalam kehidupan seseorang. Ini adalah kisah benar, bukan lakonan semata-mata. Bukan sekuel filem Joker atau Train to Busan 2.

Sorang lelaki yang bernama Kyota Hattori dari Jepun berumur 24 tahun mengenakan kostum Joker sambil menghisap rokok telah menimbulkan kekecohan dan ketakutan orang ramai di dalam keretapi di Stesen Keretapi Kokuryo yang sedang menuju ke pusat bandar untuk merayakan HALLOWEEN pada 31 Oktober baru-baru ini.

Dilaporkan 17 penumpang ditikam hingga cedera, seorang warga tua berumur 70 tahun mengalami kecederaan serius selepas ditikam di dada dan salah satu gerabak keretapi tersebut dibakar oleh Klon Joker tersebut.

Difahamkan yang Hattori sedang mengalami tekanan dengan pekerjaannya dan kawan-kawannya menyebabkan dia terasa mahu membunuh orang dan dikenakan hukuman mati. Menurut salah seorang saksi kejadian, dia berkata pisau yang digunakan untuk menikam itu kelihatan berlumuran darah seperti darah palsu dan disangkakan ia adalah PRANK HALLOWEEN! Namun ia adalah sebaliknya.

Insiden ini juga telah menyebabkan kekecohan dan panik di kalangan penumpang yang sempat menyelamatkan diri dan bergegas melarikan diri melalui tingkap kereta api ketika keretapi berhenti di Stesen Shinjuku. Semua penumpang bertempiaran lari dan menjerit-jerit ketakutan kerana salah satu gerabak telah dibakar.

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI