Demon Slayer : Kimetsu no Yaiba Mugen Train Arc

5
(2)

Mugen Train Arc, bermula dengan Rengoku menerima misi untuk menyiasat Mugen Train selepas 40penumpang hilang berserta kematian berlaku di dalam keretapi itu.

Mugen Train dihantar ke rumah penyelenggaraan dan semasa Rengoku menyiasat di sana, seekor syaitan tampil dan mengugut Rengoku dengan percubaan membunuh pemilik kedai bento dan cucunya. Akan tetapi, Rengoku berasa syaitan ini bukanlah dalang kes disebalik kehilangan penumpang yang ramai itu.

Maka Rengoku menaiki keretapi itu pada hari berikutnya selepas kerja penyelenggaraan selesai, dan Rengoku bertemu dengan Tanjiro, Zenitsu, dan Inosuke.

Semasa perbualan antara Rengoku dan Tanjiro, konduktor keretapi datang untuk menyemak tiket mereka. Tidak tersangka tiket-tiket mereka telah dijampi dan kesemua penumpang jatuh tidur.

Enmu, syaitan yang berada di paras bawah dalam Dua Belas Kizuki, mengarahkan 4 penumpang yang mengalami insomia teruk untuk memasuki mimpi para Demon Slayers dan memusnahkan Spirit Core mereka.

Hanya Tanjiro seorang yang berjaya melepaskan diri dari jampi dan bertembung dengan Enmu. Selepas Tanjiro berjaya menetak leher Enmu, dia mendapati Enmu telah berasimilasi dengan keretapi.

Dapatkah Tanjiro menewaskan Enmu? Berjayakah Rengoku dan kawan-kawan melepaskan diri dari jampi tidur?

Saksikan di Viu

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI