MORBIUS DAN SPIDER-MAN SATU UNIVERSE

5
(4)

Selain dari teaser yang dilancarkan pada CCXP Worlds 2021, Sony juga melancarkan poster terbaru untuk filem Morbius. Dibintangi oleh Jared Leto sebagai anti hero separa vampire, Morbius merupakan bab seterusnya di dalam universe Spider-Man, sebuah universe sinematik yang akan menghubungkan antara filem Venom lakonan Tom Hardy dan mungkin juga Marvel Cinematic Universe.

Trailer terbaru filem Morbius ada memaparkan beberapa kaitan peristiwa yang berlaku di dalam dunia spider-man lakonan Tom Holland juga filem lakonan Andrew Garfield, The Amazing Spider-Man.

Trailer tersebut juga dengan bijak meletakkan easter-egg kostum yang dipakai oleh Tobey, juga nama watak Tom Hardy di dalam Venom.

Dari sumber bahan marketing yang Sony lancarkan, semakin jelas bahawa Morbius ini bukanlah sebuah filem standalone dengan segala poster, trailer dan teaser yang cuba mengaitkan kepada semua filem produksi Sony yang lain. Kita boleh lihat dengan jelas Michael Keaton yang merupakan Vulture dari dunia spider-man Tom Holland muncul di dalam trailer Morbius.

Diarahkan oleh Daniel Espinosa, skrip oleh Matt Sazama dan Burk Sharpless, Morbius akan menemui peminat pada Januari 2022.

Lihat poster terbaru di bawah.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI