Positif COVID, Che Ta Tunda Percutian

5
(3)

Che Ta dan keluarga terpaksa tunda percutian sempena ulang tahun kelapan perkahwinannya akibat positif COVID? Siapa yang positif ni? Satu keluarga ke?

Anda boleh membaca petikan berita tersebut di bawah.

 

KUALA LUMPUR: Rencana asal pelakon terkenal, Rozita Ce Wan atau Che Ta ialah menganjurkan ulang tahun kelapan perkahwinannya dengan Zain Saidin terpaksa ditunda berikutan Zain disahkan dijangkiti COVID-19 bulan lalu.

Sehari selepas Zain, anak perempuan tunggal pasangan itu, Aaisyah Dhia Rana juga turut dijangkiti wabak berkenaan.

Ekoran dugaan itu, Rozita juga berkata, rancangan untuk bercuti di sebuah pulau persendirian di Langkawi juga terpaksa ditunda.

“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu. Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.

“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.

“Bagaimanapun, Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” katanya kepada Astro AWANI.

Kita doakan semoga dia dan keluarga cepat  sembuh ya.

Klik link untuk baca berita penuh.

*sumber Astro Awani

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI