Vin Diesel Terlibat Kes Serangan Seksual Pada Bekas Pembantunya?

0
(0)

Baru-baru ini Vin Diesel menjadi perhatian ramai. Pelakon terkenal itu dituduh melakukan serangan seksual dan kekerasan terhadap bekas pembantunya iaitu Asta Jonasson. Ruangan komen media sosial pelakon itu diserang oleh orang ramai yang meluahkan rasa kekecewaan mereka. 

 

Pihak Vin Diesel telah membantah tuduhan tersebut sekeras-kerasnya melalui peguam yang dilantik. Apakah yang terjadi sebenarnya? 



  • Vin Diesel dituduh melakukan serangan seksual terhadap pembantunya sewaktu penggambaran filem Fast Five di Atlanta pada September 2010



Asta Jonasson waktu itu masih bekerja sebagai pembantu Vin Diesel, bintang filem francais Fast and Furious. Pada 21 Disember 2023, Asta Jonasson melaporkan kes serangan seksual dan pemberhentian kerja secara tidak sah yang terjadi kepadanya sewaktu penggambaran filem Fast Five di hotel St Regis Atlanta pada September 2010.

Laporan tersebut diajukan kepada pihak berwajib selepas beberapa belas tahun berlalu kerana waktu itu Asta Jonasson telah menandatangani perjanjian tutup mulut. Namun, kini dia boleh melaporkan Vin Diesel selepas undang-undang Speak Out Act diperkenalkan, undang-undang yang membatalkan kuasa perjanjian tutup mulut jika berkaitan dengan masalah gangguan seksual.


  • Asta Jonasson mengaku mengalami kekerasan dan dipaksa melakukan hubungan seksual dengan Vin Diesel



Dalam laporan tersebut yang dipetik dari PEOPLE, Asta Jonasson mengaku mengalami kejadian tersebut di St. Regis Hotel, Atlanta. Dia mengunjungi bilik pelakon tersebut selepas mendapat laporan bahawa pelakon itu tidak memberi sebarang respon. 

 

Apabila tiba di bilik tersebut, Vin Diesel dikatakan menarik Jonasson ke katil. Asta Jonasson cuba melepaskan diri dan akhirnya keluar dari bilik tersebut. Dia juga mendedahkan bahawa dia sempat berlari ke bilik mandi, namun Vin Diesel mengejarnya dan melakukan serangan seksual sekali lagi.


  • Asta Jonasson dipecat selepas kes serangan seksual tersebut



Beberapa jam selepas kejadian tersebut, Asta Jonasson mendapat panngilan telefon dari saudara Vin Diesel iaitu Samantha Vincent. Dia tiba-tiba dipecat sedangkan baru bekerja lebih kurang dua minggu. Asta Jonasson mendakwa pemberhentian kerja ini adalah bentuk pembalasan Vin Diesel kerana wanita itu menolak berhubungan seksual dengannya.

Dalam tuntutannya, pengadu mengaku “harga dirinya hancur, dan dia mempersoalkan kemampuannya sendiri, serta adakah dia perlu menukar tubuhnya untuk masa depan yang lebih cerah.”

 

Selain Vin Diesel, Asta Jonasson juga menyaman Samanta Vincent dan syarikat mereka, One Race, atas kekerasan seksual, diskriminasi berdasarkan jantina, sengaja mencipta tekanan, suasana kerja yang buruk, dan pemberhentian  kerja yang tidak mengikut undang-undang. 



  • Vin Diesel membantah tuduhan tersebut



Sementara itu, Vin Diesel melalui peguamnya, Bryan Freedman, membantah tuduhan tersebut. “Supaya jelas: Vin Diesel dengan tegas membantah dakwaan ini sepenuhnya,” pernyataan Bryan Freedman dipetik dari PEOPLE.

 

Menurut peguam tersebut, ini adalah pertama kali dia mendengar tuntutan atas kejadian yang sudah lebih 13 tahun berlalu oleh pekerja yang hanya bekerja tidak sampai 9 hari. 

 

“Ada bukti jelas yang benar-benar membuktikan tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak masuk akal ini,” katanya. 

 

Setakat ini, kes tersebut masih berlangsung dan sedang disiasat oleh pihak berwajib. 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI