7 Filem Seram “Trending” Di Netflix

0
(0)

Pamali: Dusun Pocong (2023)

 

Pamali: Dusun Pocong mengisahkan tiga petugas kesihatan dan dua orang penggali kubur telah ditugaskan untuk pergi membantu sebuah kampung yang dilanda wabak penyakit. Terlalu banyak kematian telah berlaku sehingga tiada tempat untuk meletakkan mayat-mayat yang sudah mati. Keadaan mereka berlima telah menjadi semakin buruk setelah ada yang melanggar pantang yang telah ditetapkan oleh orang-orang kampung terdahulu.

 

Siksa Neraka (2023)

 

Siksa Neraka mengisahkan sebuah keluarga yang bapanya sangat dikenali oleh penduduk kampung dengan kebijaksanaannya dengan ilmu agama. Akan tetapi, semuanya terdedah setelah  tiga dari empat orang anaknya telah meninggal dunia disebabkan kecelakaan.

 

Death Whisperer (2023)

 

Death Whisperer mengisahkan seorang abang yang cuba dan berusaha untuk membantu adiknya yang tiba – tiba sahaja jatuh sakit. Semakin lama dia mengetahui bahawa adiknya itu mengalami gangguan dari makhluk ghaib.

 

The Soul Reaper (2023)

 

The soul Reaper adalah sebuah filem dari Vietnam yang mengisahkan sebuah perkampungan di pedalaman yang telah disumpah. Setelah beberapa tahun berlalu, keadaan menjadi lebih buruk apabila seorang demi seorang penduduk mati dibunuh dengan kejam.

 

The Haunted Hotel (2023)

 

The Haunted Hotel mengisahkan dua beradik yang kembali ke Semarang untuk membantu menguruskan sebuah hotel milik nenek mereka. Setelah mereka masuk kesebuah bilik yang tidak bernombor, hidup mereka tidak lagi aman. Mereka berdua sering diganggu dengan perkara-perkara pelik.

 

Rahsia (2023)

 

Rahsia mengisahkan percutian sekeluarga di kampung bertukar menjadi ngeri. Empat beranak ini pada awalnya sangat bahagia sehinggalah tragedi buruk yang telah menimpa mereka iaitu kehilangan anak lelaki mereka di kawasan pantai. Disebabkan kehilangan anak lelaki mereka, datuk mereka terkejut lalu meninggal dunia. Kejadian kehilangan dan kematian itu telah membuka satu rahsia besar tentang keluarga si ibu.

 

The Devil Deception/ Talbis Iblis (2022)

 

The Devil Deception atau dikenali sebagai Talbis Iblis mengisahkan seorang wanita yang hamil anak luar nikah  telah pergi kesebuah rumah yang jauh dari kawasan bandar untuk melahirkan anaknya. Dia dibantu dan dijaga dengan baik oleh seorang bidan iaitu pemilik rumah tersebut. Semenjak dia sampai ke rumah itu, wanita itu sering mengalami mimpi-mimpi pelik yang seperti realiti.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI