The Last Temptation of Christ 1988

5
(1)

Disclaimer : Myself doesnt hold any religion and has no deep knowledge about christianity before watching this film

 

Sebagai permulaan, filem ini bukan untuk semua orang. Diri saya tengok kali kedua baru dapat menyelami watak dan plot selepas selidik kontroversi di sebalik filem ini.

Plotnya, saya rasa tidak perlu tulis kerana ia berdasarkan Jesus hingga dia disalibkan. Tapi, ini filem arahan Martin Scorsese 30thn lebih dulu dan ia adalah sebuah filem bajet rendah. Penggambaran di buat di Morroco dan jadual mereka amat padat kerana ‘shoot and go’. 

David Bowie memainkan peranan Pontius Pilate seorang ahli politik, dari apa yang saya baca dia difahamkan seorang yang tidak berhati perut? Tetapi di dalam filem ini watak yang disampaikan adalah seorang politik yang menjalankan tugas dia sahaja.

Martin Scorsese menjelaskan pada Willem Dafoe bahawa Jesus yang dia ingin sampaikan adalah seorang manusia yang ada keinginan, kesilapan, dan kelemahan. Bukan berdasarkan kitab yang Jesus seorang yang sempurna(maaf, kalau depiction saya salah).

Disamping itu, Judas dalam filem juga berlainan dengan apa yang dibaca/dikenali. Di sini, Judas seorang yang taat dan beretika.

 

Filem ini adalah berdasarkan novel dari Nikos Kazantzakis pada tahun 1955. Sejerus ia diterbitkan, novel itu telah diharamkan oleh Gereja Katolik. Nikos juga tidak dibenarkan ke banyak gereja, excommunicated.

Di dalam satu temu duga, Willem Dafoe mengatakan filem ini digesahkan untuk tayangan di Venice(maaf kalau salah) supaya lebih ramai orang dapat tengoknya sebelum diharamkan.

Martin Scorsese juga dikhabarkan menerima ugutan mati dan perlu gunakan khidmat pengawal peribadi untuk beberapa tahun.

 

Akhirnya, filem ini baik sebenarnya kerana lakonan Willem Dafoe yang mantap dan cerita yang baik mengenai seorang insan yang biasa dihadapkan tanggungjawab yang besar tetapi di dalam dirinya berkonflik

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI