TONTON TRAILER TERBARU THE BATMAN – Bat VS Cat

5
(3)

Trailer terbaru filem The Batman yang baru sahaja dilancarkan, kini memaparkan lebih banyak aksi Catwoman dan juga Bruce Wayne. Turut diperlihatkan rancangan jahat Riddler termasuklah cubaan untuk meletupkan bandar Gotham.

Robert Pattinson bakal memainkan watak Batman dan filem yang dijadual terbit 2022 ini diarahkan oleh Matt Reeves. Bersama-sama Pattinson, Zoe Kravitz akan memainkan watak Selina Kyle ataupun Catwoman, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon, Colin Farrell sebagai Penguin dan Paul Dano sebagai villain utama The Riddler.

Filem ini mengisahkan Bruce Wayne di awal penglibatannya dalam membanteras jenayah di Gotham dan filem ini khabarnya tidak termasuk langsung dalam universe DCEU.

Tahun lepas trailer pertama filem ini dilancarkan pada acara DC Fandome dan kali ini trailer terbaru memaparkan lebih banyak footage dari filem termasuklah babak Batman dan Catwoman yang bertentang mata menambat rasa. Dua watak utama ini juga dilihat bakal bekerjasama untuk merungkai rancangan jahat the Riddler.

Tonton trailer penuh di bawah!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI