Scholar Who Walks The Night (2015)

5
(1)

Bagi sesiapa yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan Kdrama terutama yang meminati genre historical, fantasi romantik, misteri dan seram boleh cuba tonton drama ini. Boleh marathon sebanyak 20 episod sahaja. Yang paling menariknya, drama ini diadaptasi dari siri webtoon yang bertajuk “Bameul Geotneun Sunbi” yang diterbitkan pada tahun 2012.

Drama ini mula ditayangkan pada tahun 2015 dan mendapat sambutan yang cukup baik melalui rating IMDb iaitu sebanyak 7.3/10. Bagi min pula, drama ini selayaknya mendapat 9/10 kerana min sangat suka dengan jalan ceritanya yang unik.

Drama ini dilakonkan oleh barisan pelakon-pelakon yang sangat popular iaitu Lee Joon-gi sebagai Vampire yang baik iaitu Kim Sung-yeol, manakala Lee Sook-hyuk sebagai Vampire jahat iaitu Gwi (min minat sangat dengan 2nd lead, hahaha!). Selain mereka, drama ini juga dibintangi Lee Yoo-bi, Changmin TVXQ dan Kim So-eun.

Plot drama ini adalah mengenai Vampire baik Sung-yeol ini dikenali sebagai “Scholar Night” atau Sarjana Tengah Malam yang tugasnya adalah memburu dan membunuh vampire-vampire jahat yang membunuh dan menjadikan darah manusia sebagai makanan dan minuman mereka (kiranya Gwi ini adalah Vampire yang paling jahat dalam drama ini). Serius min benar-benar dilanda “2nd lead syndrome”, mana tak nya Sook-hyuk nampak sangat hebat dan kacak ya amat sebagai Gwi di sini!

Selain itu juga, kita akan dibawa bersama menelusuri kisah cinta antara vampire dan manusia yang pastinya bukanlah sesuatu yang kita boleh anggap akan membawa kebahagiaan kepada kisah mereka ini. Walaubagaimanapun, ia tetap sebuah kisah cinta yang cukup romantik dan mencuit hati bagi pasangan yang cukup kuat chemistry mereka di dalam drama ini iaitu Joon-ki dan Yoo-bi.

Siapakah pula Yoo-bi ini? Jo Yang-sun (yang dilakonkan oleh Yoo-bi) merupakan anak gadis dari seorang bangsawan yang mana ayahnya dituduh sebagai pembelot kerajaan dan akibatnya keluarga mereka kehilangan segala-galanya dan hidup miskin seperti rakyat biasa lain. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, Yang-sun menyamar sebagai seorang lelaki dan bekerja sebagai penjual buku di sekitar kampungnya namun buku-buku yang dijualnya mengandungi bahan bacaan yang dilarang oleh undang-undang kerajaan mereka. Dan ketika inilah dia berjumpa dengan Sung-yeol. Dari sinilah kisah pahit manis mereka bermula apabila Sung-yeol mengupah Yang-sun untuk mencari sebuah buku catatan misteri yang mengandungi rahsia cara untuk membunuh Gwi.

Haaa nak tahu lagi kisah selanjutnya? Anda perlulah tonton sendiri ya! Yang pasti anda akan suka dengan keseluruhan jalan cerita drama ini kerana ia mempunyai plot dan penceritaan yang cukup kemas, mudah difahami dan sesuai untuk tontonan umum juga. Pembawakan watak setiap lakonan dalam drama ini juga mempunyai chemistry yang sangat kuat dan penuh emosi.

Mari kita layan trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI