GHAJINI – CHRISTOPHER NOLAN TERKILAN!

5
(4)

Christopher Nolan,pengarah tersohor Hollywood telah menghasilkan karya-karya luar biasa hebat dan kebanyakan karyanya membuatkan penonton merah otak dan berfikir lebih untuk menghayati setiap plot jalan cerita .

Momento sebuah filem yang dihasilkan pada tahun 2000 merupakan antara karya terbaik dari Nolan.  Guy Pearce adalah tokoh yang layak diberi pujian kerana aktor tersebut telah berjaya membawa watak Leonard Shelby seorang lelaki yang menghidap amnesia yang teruk dimana dia tidak boleh mengingati setiap memori yang berlaku dalam hidupnya. Dia hanya bergantung dengan gambar-gambar polaroid dan nota-nota yang ditulis olehnya untuk mengingati setiap kejadian dalam hidupnya.

Momento mencipta sejarah dengan kutipan pecah panggung dan penerimaan positif dari para pengkritik dan penonton. Ternyata filem yang dibikin pada tahun 2000 itu meraih perhatian penggiat-penggiat filem yang lain.

Pada tahun 2005 sebuah naskah filem thriller bertajuk GHAJINI telah ditayangkan. Ghajini adalah sebuah filem Tamil lakonan hebat Surya. Ternyata filem itu diinspirasikan dari filem Christopher Nolan iaitu Momento. Pada tahun 2008 Ghajini versi Hindi pula dikeluarkan dan filem tersebut adalah antara filem Hindi yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman. Menonjolkan Aamir Khan sebagai pelakon utama, Ghajini versi Hindi meraih keuntungan besar.

Sumber mengatakan bahawa Christopher Nolan terkilan kerana pihaknya tidak mendapat sebarang bayaran pampasan apabila ideanya diceduk oleh penggiat filem Hindi tersebut. Walaubagaimanapun, dikhabarkan Nolan dan AR Murugadoss berjaya menyelesaikan isu terbabit tanpa sebarang kontroversi. (Sumber Cinemaexpress.com)

Sewaktu lawatan Christopher Nolan ke India pada tahun 2020, Nolan ditanya mengenai pendapatnya tentang Ghajini lakonan Aamir Khan. ” Saya dengar filem itu sangat berjaya, ramai penonton menyukainya, jadi saya akan mencari masa untuk menonton filem tersebut. Saya sudah sedia maklum mengenai filem tersebut dan saya turut berasa bangga”. Demikian kenyataan Nolan kepada pihak media India Today.

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI