Avatar: The Last Airbender

5
(2)

Selepas kejayaan demi kejayaan yang telah Netflix capai melalui siri Aksi nyata “Live-action” sebelum ini. Netflix sekali lagi menerbitkan sebuah aksi nyata dari sebuah animasi terkenal iaitu Avatar: The Last Airbender.

Setelah Netflix mengeluarkan trailer dan tarikh tayangan di laman penstriman mereka untuk siri Avatar: The Last Airbender ini, ramai peminat dari siri asal animasinya tidak sabar untuk menonton. Rata-rata peminat siri ini semuanya mahu melihat bagaimana watak dan aksi yang dibawakan oleh pelakon-pelakon yang melakonkan watak masing-masing. Bukan setakat itu, trailer yang dihidangkan kepada penonton juga membuatkan peminat mahu melihat betapa hebatnya sinematografinya.

Avatar: The Last Airbender asalnya adalah sebuah animasi terbitan Nickelodeon yang telah di udarakan sepanjang tahun 2005 hingga 2008, dimana siri animasi ini mengisahkan beberapa kawasan dan wilayah yang bertemakan empat elemen bumi.

Setiap kawasan atau wilayah mempunyai masyarakat mereka sendiri seperti  puak air (The Water Tribe), kerajaan tanah (Earth Kingdom), negara api (Fire Nation), dan perantau udara (Air Nomad). Setiap wilayah mempunyai “Bender” mereka sendiri.

Bender yang dimaksudkan adalah seseorang yang boleh mengawal elemen puak mereka seperti api, tanah, air, dan udara.

Aang seorang Avatar muda yang bakal membawa keamanan kepada dunia. Aang menguasai dan mampu menggunakan empat elemen Bender serentak telah muncul secara tidak sengaja oleh dua beradik Sokka dan Katara.

Aang telah beku selama beribu – ribu tahun di bawah permukaan ais tebal bersama binatang peliharaan kesayangannya Appa. Selepas mengetahui apa yang telah terjadi kepada Bender lain beribu tahun yang lalu, Aang nekad merantau dan mempelajari keempat-empat element bersama Sokka dan Katara.

Berita kemunculan Avatar di wilayah Air Nomad telah sampai ke telinga pembesar negara api. Mereka adalah sebuah negara yang kejam dan sanggup menindas mana – mana wilayah demi kepentingan mereka.

Zuko seorang putera yang mempunyai keperibadian yang sangat bengis telah ditugaskan untuk mencari dan membunuh Avatar yang bakal menggangu-gugat kekuasaan negara api.

Siri yang diarahkan oleh Roseanne Liang dan Jabbar Raisani ini mempunyai 8 episod yang bakal ditayangkan serentak pada 22 Febuari 2024.

Pelakon-pelakon yang terlibat dalam Avatar: The Last Airbender majoriti darinya adalah pelakon-pelakon muda seperti Gordon Cormie sebagai Aang, Dallas Liu sebagai Putera Zuko, Kiawentiio sebagai Katara, Ian Ousley sebagai Sokka, dan ramai lagi.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI