ARBAT (2015) SERAM THAI

4.7
(3)

FILEM INI DIINSPIRASIKAN DARI KEPERCAYAAN MISTIK

AMARAN! JANGAN TONTON FILEM INI BERSENDIRIAN!

ARBAT/PRET ARBUT atau dikenali sebagai tajuk asalnya KARMA merupakan salah satu filem seram Thailand bertemakan BUDDHA yang telah mencetuskan kontroversi hingga ada yang membuat demonstrasi untuk menghalang filem ini dari ditayangkan. Ini kerana beberapa babak dalam filem ini dianggap memperlekehkan pengikut yang beragama Buddha terutama golongan Sami kerana karakter-karakter utama filem ini terdiri daripada Sami Buddha. Namun ada ramai juga pihak yang tidak kisah filem ini ditayangkan.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai kecaman dan cacian terhadap team produksi filem ini, masih ramai juga dikalangan rakyat Thailand yang berharap tayangan filem ini diteruskan. Dan akhirnya hanya selepas dua kekecohan itu, pihak produksi filem telah menapis dan memotong beberapa babak yang sensitif itu dan ia diluluskan untuk tayangan umum pada 16 Oktober 2015. Tayangan filem ini juga telah mencetuskan fenomena para penggemarnya hingga meraih sehingga 27.6 Juta Baht dalam masa 6 hari ditayangkan.

APA YANG KONTROVERSI SANGAT?

ARBAT mengisahkan seorang remaja lelaki yang nakal dan ada masalah sosial yang bernama Sun (lakonan Charlie Trairat) dipaksa oleh ayahnya untuk menjadi Sami Buddha di sebuah kawasan pedalaman. Dengan harapan ayahnya yang Sun akan berubah dan bertaubat dengan segala perbuatan nakalnya.

Namun setelah berada di sana, Sun bukannya benar-benar berubah malah dia mula menjalinkan hubungan cinta dan hubungan terlarang dengan seorang gadis di kampung tersebut, Fai (dilakonkan Ploy Sornarin). Keayuan Fai membuatkan Sun tidak dapat mendedikasikan dirinya kepada ajaran yang diberikan oleh Sami di kuil kampung tersebut. Fai pula tidak menolak cinta Sun hingga kedua-dua mereka dihanyut dibuai dengan nafsu, maka berlakulah babak-babak yang dikatakan mencetuskan SENSITIVITI pengikut agama Buddha dan MENCEMARKAN nama baik para Sami Buddha. Selain babak-babak “romantis” itu, isu lain yang ditimbulkan juga melibatkan babak di mana si sami sedang minum air arak dan terlibat dalam pergaduhan.

Ok kembali kepada cerita tadi, setelah kisah romantis antara Sun dan Fai bermula ; banyak kejadian pelik dan menyeramkan mula berlaku, satu persatu rahsia gelap di kampung itu mula muncul dan masyarakat disekitarnya juga mula merasa takut dan membuat upacara persembahan untuk mengelakkan dari diganggu oleh makhluk² mistik itu. Tindakan Sun dan Fai itu telah membangkitkan roh-roh yang menyimpan rahsia kelam yang cukup menakutkan dan menyeramkan.

Sun mula dihantui dan diikuti oleh salah satu roh yang Sun sendiri tidak pasti sehingga lah suatu hari Sun terkunci dan terperangkap di dalam sebuah peti besi dan satu demi satu rahsia mula terungkap.

IMDB rating 6.4/10/ Rating min 7.8/10

LAYAN TRAILER DULU JOM!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI