NETRIKANN(2021) “MATA KETIGA”

5
(3)

Pada tahun 2021 industri perfileman Tamil telah mengeluarkan banyak filem menarik. Salah satu filem tersebut ialah NETRIKANN yang dilakonkan oleh pelakon tersohor dari India Selatan iaitu Nayanthara. Nayanthara bergandingan dengan Ajmal Ameer yang membawa watak antagonist seorang perogol bersiri psikosis.

NETRIKANN telah disiarkan di Disney + Hotstar pada bulan Ogos 2021 dan filem ini boleh ditonton dalam pelbagai bahasa seperti Tamil, Kannada, Malayalam dan juga Telugu.

Filem Tamil ini adalah sebuah remake dari filem asal Blind(2011), sebuah filem jenayah thriller dari Korea Selatan. Industri perfileman India memang terkenal dengan hasil-hasil remake yang berjaya contohnya seperti Badla, Te3n, dan Evaru.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

NETRIKANN

Tragedi hitam menyebabkan seorang pegawai polis elite wanita hilang penglihatan,hilang segalanya.

Dalam menyelusuri hidup yang penuh kesedihan, dia hampir menjadi mangsa kepada seorang lelaki psycho yang merupakan perogol bersiri.

Hidupnya mula dihantui bayangan lelaki keji tersebut.

Antara nyawanya sendiri atau nyawa gadis-gadis malang lain yang berada dalam tawanan perogol keji itu, wanita kurang upaya penglihatan ini perlu membuat pilihan.

Satu pertembungan yang dinantikan, antara si jahat & wanita buta berhati waja.

Pertumpahan darah itu pasti,
Kisah hitam yang jijik mencetus kegilaan hati.

Kejahatan terus mengejar di belakang, dia perlu melangkah kehadapan untuk menyelamatkan diri dan melucutkan topeng kejahatan.

Bagaimanakah mungkin?
Dia kini tiada daya,kurang upaya!

Nayanthara tidak akan mengecewakan anda!

Blind (Korea) & Netrikann (Tamil), keduanya tidak mengecewakan.

NETRIKANN wajib tonton!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI