10 Pilihan Filem Seram Thriller yang Menggoncang Jantung! Ngeri!

5
(1)

Memang banyak filem seram thriller yang boleh dijadikan pilihan tontonan buat para peminat genre ini.  Jalan cerita yang dihidangkan oleh filem dengan genre seram thriller adalah sangat pelbagai, tetapi sensasi dari filem-filem ini tidak pernah gagal untuk membuatkan para penonton berdebar-debar dan sesak dada.

Berikut ini adalah sepuluh filem seram thriller yang mendapat rating sangat baik dari laman IMDb. 

 

  1. Get Out

Get Out (2017) merupakan pilihan terbaik untuk peminat filem dengan genre seran thriller yang menampilkan jalan cerita baru dan segar. Pemenang Best Original Screenplay di Academy Awards 2018 ini membawa tema yang sangat sensitif tentang isu perkauman.

Chris Washington, seorang pemuda kulit hitam, menjalin hubungan cinta dengan gadis kulit putih bernama Rose Armitage.

Suatu hari Rose mengajak Chris berkunjung ke rumah ibu bapanya. Chris bimbang mengenai perbezaan warna kulit antara mereka, tetapi Rose berjaya meyakinkannya. 

Keanehan mula dirasai Chris semasa bertemu dengan keluarga Rose. Pemuda kulit hitam itu menjadi ‘habuan yang dipertaruhkan. Satu kejadian ngeri yang tidak dapat dielakkan mula menghantui Chris. 

 

  1. Saw

Adam Faulkner-Stanheight adalah seorang jurugambar. Dia terkejut kerana ketika tersedar,  dia berada dalam keadaan kaki dirantai. 

Adam tidak sendirian kerana di ruangan sebelah, Dr. Lawrence Gordon yang merupakan pakar onkologi juga berada dalam keadaan serupa. Di antara kedua-duanya, terbujur kaku mayat yang tampaknya bunuh diri kerana ditangannya kelihatan sepucuk pistol.

Gordon mendapat arahan untuk membunuh Adam, jika dia tidak mengikuti arahan tersebut, isteri dan anaknya akan dibunuh. Adam kemudian menemui dua bilah gergaji.

Kedua-duanya menggunakan gergaji itu untuk melepaskan diri, tetapi Gordon sedar bahawa gergaji itu bukan untuk memotong rantai yang mengikat kaki mereka, tetapi sebenarnya untuk memotong kaki mereka sendiri. 

 

  1. The Others

Berlatarkan tahun 1945, ketika Perang Dunia yang melibatkan England selesai, seorang ibu bernama Grace tinggal bersama dua orang anaknya, sementara itu suaminya pergi berperang tetapi tidak pernah kembali. 

Dua anak Grace, Anna dan Nicholas menghidap alergi terhadap photosensitive sehingga mereka terpaksa membiarkan rumah dalam keadaan gelap sentiasa.

Mereka tidak boleh terdedah dengan cahaya, kecuali dari cahaya sekecil-kecil cahaya lilin. Untuk membantu menguruskan rumah tangga, Grace mengupah tiga orang pekerja. 

Keanehan mula terjadi apabila Anne melihat seorang wanita tua dan anak lelaki yang mengaku bernama Victor. Pada Anne mereka mengaku sebagai pemilik rumah tersebut. Grace sendiri mula mendengar suara tapak kaki yang misteri.

 

  1. The Conjuring

Pasangan Roger dan Carolyn Perron baru sahaja membeli rumah baru yang terletak di pinggir bandar. Mereka mahu memulakan hidup baru bersama anak-anak mereka iaitu  Andrea, Nancy, Christine, Cindy dan April. Kehidupan mereka di rumah baru tampak baik-baik sahaja hingga Andrea menghidu bau aneh di biliknya.

 

Keanehan dan gangguan lain terjadi apabila Carolyn menemui semua jam dinding di rumah berhenti berdetak pada pukul 3:17 awal pagi. Tubuhnya juga mendapat kesan lebam-lebam secara misteri serta anjing mereka juga ditemui mati secara misteri. 

Tidak lama kemudian, Christine merasakan seperti ditarik-tarik sewaktu sedang tidur dan dia melihat makhluk mengerikan datang mengganggu. Makhluk menakutkan itu mengatakan bahawa ia akan membunuh Christine dan seluruh anggota keluarganya.

 

  1. Rec

Filem seram thriller seterusnya adalah Rec (2007). Filem ini menceritakan tentang seorang wartawan wanita yang bernama Angela yang ditugaskan untuk membuat liputan tentang aktiviti pasukan pemadam kebakaran. 

Kebetulan pada hari itu pasukan bomba mendapat panggilan kecemasan untuk memadamkan api di sebuah apartment. Salah seorang penghuni apartment tersebut adalah wanita separuh usia yang bernama Izquierdo, wanita itu dikhabarkan histeria.

Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba segera mencari dan menyelamatkan Izquierdo. Namun, wanita tersebut menyerang dan membuatkan salah seorang anggota pasukan keselamatan tercedera di bahagian leher akibat gigitan.

Pasukan bomba bergegas membawa anggota tercedera itu ke hospital, tetapi sesampainya di lobi, mereka tidak diizinkan untuk keluar kerana kawasan apartment sudah ditutup dan diasingkan dari dunia luar. Angela dan pasukan terus kebingungan.



  1. Split

Split (2016) merupakan sebuah filem yang membawa genre psikologikal seram dipadukan dengan elemen thriller yang juga akan membuatkan para penonton merasa seram sejuk apabila menontonnya. 

Filem ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Kevin Wendell Crumb yang didiagnos mengalami gangguan Dissociative Identity Disorder. Kevin mempunyai sebanyak 23 identiti akibat trauma masa kecilnya. 

Salah satu identiti dalam tubuhnya yang bernama Dennis telah menculik tiga orang gadis yang bernama Clair, Casey dan Marcia. Dennis memerangkap mereka di ruang bawah tanah rahsia yang berada di bawah kandang binatang. 

Di sana, para gadis kembali bertemu dengan personaliti Kevin yang lain, yang bernama Patricia. Bezanya Patricia berusaha menyelamatkan mereka dari Dennis dan The Beast. 

 

  1. Don’t Breathe

Tiga orang remaja iaitu Rocky, Alex dan Money mencari duit dengan menceroboh rumah-rumah penduduk dan mencuri barangan berharga. Money kemudian mendapat maklumat bahawa di rumah milik seorang veteran perang yang bernama Norman Nordstrom, terdapat wang tunai yang sangat banyak.

 

Ketiga-tiganya mula masuk ke rumah Norman dan mengetahui bahawa lelaki tua itu sebenarnya buta. Money melihat ruangan bawah tanah dan mengagak wang itu disimpan di sana. 

Dia berusaha membukanya dengan cara menembak ruangan tersebut dan membuatkan Norman terbangun. Suasana cemas dan menakutkan terjadi apabila Norman yang buta mula menyedari kehadiran orang lain di rumahnya.

 

  1. The Cabin in The Woods
From left to right: Curt (Chris Hemsworth), Holden (Jesse Williams), Jules (Anna Hutchison), Marty (Fran Kranz) and Dana (Kristen Connolly) in THE CABIN IN THE WOODS.

Ahli sains bernama Gary Sitterson dan Steve Hadley berbincang mengenai ritual misteri apabila mereka sebelum ini gagal melakukannya. Di tempat berbeza, sekumpulan remaja yang terdiri dari Dana Polk, Jules Louden, Curt Vaughan Holden McCrea dan Marty, memutuskan untuk bercuti di sebuah kabin milik sepupu Curt. 

Kabin yang dimaksud berada di tengah-tengah sebuah hutan dan di sana, pemandangannya sangat cantik. Mereka tidak tahu bahawa kabin tersebut sudah diubah suai oleh dua orang ahli sains tadi dan para remaja tersebut akan menjadi ‘tikus makmal’ mereka.

Gary dan Hadley mengawal kabin tersebut dari jauh. Mereka memanipulasi dengan membuatkan remaja-remaja itu mabuk menggunakan dengan menggunakan sejenis ubat. Nyawa remaja-remaja tersebut menjadi taruhan!

 

  1. It Follows

Seorang gadis muda bernama Anne melarikan diri dari rumah kerana takut pada sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Pada pagi harinya dia ditemui telah meninggal dunia dengan mengerikan selepas dia menghubungi ayahnya. 

Gadis muda lain yang bernama Jaime atau Jay pula sedang menjalin hubungan dengan pemuda bernama Hugh. Kedua-duanya berhubungan intim di dalam kereta tetapi Hugh cuba melumpuhkan Jay menggunakan kloroform. 

Jay terbangun dengan keadaan terikat di kerusi roda. Hugh kemudian mengatakan perkara aneh bahawa dengan bercinta, dia mewariskan entiti pada Jay. Entiti misteri itu akan mengikuti Jay ke mana sahaja dia pergi. 

 

  1. Sinister

Ellison Oswalt adalah seorang penulis novel jenayah. Dia membawa isteri dan dua anaknya berpindah ke rumah baru. Namun, rumah baru yang dia tinggal sebenarnya adalah bekas lokasi pembunuhan. 

Ellison sengaja memilihnya kerana dia berharap dapat menemui idea baru untuk novelnya. Dia merahsiakan tentang rumah barunya tersebut pada seluruh anggota keluarganya.

Baru beberapa hari mendiami rumah tersebut, Ellison dan keluarganya mula merasakan keanehan dan pelbagai gangguan. Suatu hari ketika Ellison memeriksa loteng rumah, dia menemui gulungan filem. 

Dia kemudian memutar gulungan filem tersebut, menontonnya, dan mendapati rakaman mengerikan tentang pembunuhan bersiri yang dilakukan dengan cara berbeza-beza.

Filem seram thriller selalu mendapat tempat istimewa dihati para peminat filem. Cerita yang membawa suasana tegang dengan sokongan runut bunyi yang mencengkam serta mendebarkan dan tona warna yang gelap, memberikan sensasi menakutkan. 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI