SPOTLIGHT (2015)-KISAH BENAR KES PENCABULAN KANAK-KANAK OLEH PADERI

5
(4)

Kisah penunggang agama ada di mana-mana sahaja di serata dunia. Ternyata penunggang agama inilah yang memberi gambaran buruk terhadap institusi keagamaan.

SPOTLIGHT filem biografikal drama yang mengisahkan tentang siasatan yang dilakukan oleh beberapa orang jurnalis dan wartawan tentang penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan oleh beberapa orang paderi gereja. Paling mengejutkan apabila ada pihak gereja dan pihak berkuasa tahu mengenai kejadian cabul ini tetapi mereka hanya mendiamkan diri kononnya demi menjaga nama baik agama dan gereja.

Filem ini adalah berdasarkan kisah benar beberapa siri jurnal tulisan yang diterbitkan oleh kumpulan Spotlight yang telah mendedahkan kegiatan keji ini. Penulisan mereka telah memenangi anugerah The Globe dan Pulitzer Price for Public Service . Filem Spotlight juga telah meraih kemenangan dalam beberapa anugerah perfileman antaranya adalah Academy Award.

Filem ini menceritakan bagaimana wartawan-wartawan ini menggali rahsia jijik kegiatan pencabulan dan penderaan seks terhadap kanak-kanak yang dilakukan oleh beberapa orang paderi di gereja katholik. Walau pelbagai ancamam dan ugutan diterima, kumpulan penulis dan wartawan ini tidak putus harapan mencari maklumat dan membawa pesalah ke mata dunia.

Permulaan siasatan tentang seorang paderi pedofilia yang akhirnya membongkar rahsia tentang skandal yang lebih besar dengan pihak-pihak yang lebih berkuasa. Sebuah filem yang berani dan menyentuh hati kerana turut mengetengahkan emosi dan kepayahan mangsa-mangsa yang telah dicabul untuk menuntut bela dan meneruskan hidup.

Sebuah filem yang wajib ditonton!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI