DAYA KREATIF DAN PEMIKIRAN MAT SENTUL

0
(0)

Jikalau kita berbicara mengenai “Wira yang tidak didendang” gelaran itu sangat sesuai diberikan kepada pemilik nama Abdul Rasip bin Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentul.

Sebagaimana P.Ramlee mewujudkan jenama Bujang Lapok dan Do Re Mi ke dalam setiap hati masyarakat Melayu, Mat Sentul turut mencipta jenama beliau sendiri dengan filem-filem bertemakan “Mat” antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Karong Guni, Mat Magic, Mat Lanon dan beberapa lagi siri filem “Mat” arahannya.

Ramai yang tidak tahu bahawa Mat Sentul mereka cipta banyak montaj untuk “kredit pembukaan” filem keluaran Cathay-Keris antaranya filem Lanchang Kuning, Mata Shaitan, dan Naga Tasek Chini.Beliau adalah ‘man of vision’, selalu bereksperimen dengan kesan-kesan khas serta mencuba pelbagai kelainan dalam setiap filem yang diarahkan.

Kadangkala plot filemnya sukar difahami, namun jika kita mendalami filem-filem sezaman dengan filem-filem beliau, ia adalah satu bentuk sindiran masyarakat sebagaimana filem-filem P.Ramlee.

Saya tidak mahu mengulas apa idea dan daya kreatif yang pernah Mat Sentul tonjolkan di dalam filem-filem arahannya kerana sudah ramai yang mengulasnya sebelum ini. Apa yang saya tertarik adalah sumbangannya dalam filem Tajul Ashikin (1963) arahan M.Amin.

Jika kita lihat dalam filem itu mempunyai babak-babak yang sangat unik dan sangat diingati oleh penonton iaitu babak orang kampung yang diketuai oleh Tajul Ashikin (Nordin Ahmad) dan Mat Sentol sebagai pembantunya memasang jerat dan perangkap untuk berdepan dengan serangan orang Datuk Perantau lakonan A.Rahim.Babak yang sedemikian adalah hasil ciptaan dan idea yang datang dari Mat Sentol.

Kepada pihak berwajib perlulah memberi satu penghargaan kepada seniman ini selagi beliau masih ada.

Jangan sudah tiada nanti baru dikenang.Ada yang sudah tiada yang memberi sumbangan besar pun tidak sempat lagi untuk dikenang.

Sumber : WikipediaLayar Perak dan Sejarahnya – M.Amin & Wahba

Dari Keris Film ke Studio Merdeka – Hamzah Hussin

Info Gambar : Mat Sentul bersama Rahmah Ali dalam filem Mat Tiga Suku

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI