Joker Derma Gaza – Dana Cecah 300 Ribu

0
(0)

Joaquin Phoenix menderma poster ‘Joker’ yang ditandatangani kepada lelongan Cinema for Gaza

 

Lelongan Cinema for Gaza telah mencecah lebih $316,000 dolar dana yang dikumpul menurut The Hollywood Reporter. Pencapaian yang luar biasa ini telah diperkuatkan oleh sumbangan daripada selebriti berprofil tinggi dalam industri hiburan.

Lelongan itu, yang dianjurkan oleh pembikin filem dan wartawan filem yang berpangkalan di UK iaitu Hanna Flint, Julia Jackman, Leila Latif, Sophie Monks Kaufman dan Helen Simmons, telah menyaksikan beberapa siri item baharu ditambah sebelum ia ditutup. 

 

Yang ketara di antaranya ialah poster Joker yang ditandatangani oleh pelakon Joaquin Phoenix, yang telah menjadi penyokong aktif perjuangan itu.

Pelakon itu juga diiktiraf atas penyertaannya dalam menandatangani surat yang menyokong ucapan pro Palestin di anugerah Oscar oleh Jonathan Glazer, turut menyumbangkan poster lain daripada filem You Were Never Really Here, yang ditandatanganinya bersama pengarah Lynne Ramsay.

Sumbangan tambahan termasuk enam buku yang ditandatangani oleh pengarah terkenal Guillermo del Toro, skrip The Crown yang ditandatangani daripada pelakon Emma Corrin dan lukisan unik Cinema for Gaza oleh pengarah American History X Tony Kaye. 

 

Selain itu, penulis Saturday Night Live Julio Torres telah menawarkan personal chat dan design tattoo custom untuk mempelbagaikan lagi koleksi barangan lelongan.

Sejak dilancarkan pada 28 Mac, lelongan itu telah mengumpulkan pelbagai sumbangan daripada lebih 200 lot, dengan barangan daripada Spike Lee, Paul Mescal, Olivia Colman, Tessa Thompson, Josh O’Conner, Tilda Swinton dan ramai lagi. 

 

Penganjur menyatakan rasa terima kasih mereka dengan menyatakan ;

 

“Kami terharu dan terinspirasi oleh kemurahan hati kedua-dua penderma dan pembida. Pasukan kecil sukarelawan kami berbangga untuk memudahkan usaha ini, menyumbangkan bantuan penting melalui Medical Aid for Palestinian (MAP), satu-satunya NGO yang kini beroperasi di utara Gaza.”

sumber- The Express Tribune 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI