VOICE OF A MURDERER (2007) – KISAH BENAR PENCULIKAN DI KOREA SELATAN

5
(1)

BERDASARKAN DARIPADA KISAH SEBENAR!!

VOICE OF A MURDERER (2007) adalah sebuah filem yang diadaptasi dari kisah sebenar satu penculikan dan pembunuhan kanak-kanak berusia 9 tahun, Lee Hyung Ho pada tahun 1991 selama 44 hari yang cukup menyayat hati dimana penculik tersebut sehingga kini belum ditemui dan kes tersebut masih belum dapat diselesaikan..

SINOPSIS :

Kisah beliau diadaptasikan ke sebuah filem yang dibintangi oleh Sol Kyung Gu dan Kim Nam Joo yang mengisahkan tentang anak lelaki kepada seorang penyampai berita yang terkenal di Korea Han Kyung Bae (Sol Kyung Gu), Han Sang Woo telah hilang secara misteri tanpa dapat dikesan jejaknya..

Selepas anak lelakinya tidak dijumpai, Kyung Bae menerima panggilan daripada penculik yang meminta wang tebusan sebanyak 100 juta won… Malangnya pertukaran wang tebusan dengan Sang Woo gagal apabila Ibu Sang Woo, Oh Ji Sun (Kim Nam Joo) cuba melibatkan pihak berkuasa..

Pasukan penyiasatan ditubuhkan dan diketuai oleh Detective Kim Wook Jung untuk menyiasat dan menyelamatkan Sang Woo tetapi penculik yang dikenali sebagai ‘Bastard’s Voice‘ (Kang Dong Won) bertindak lebih bijak untuk mengelakkan diri dari dikesan pihak berkuasa..

Panggilan telefon dipendekkan, lokasi pertukaran juga sentiasa bertukar.. Pihak berkuasa mula menyiasat insan-insan disekeliling Kyung Bae dan mengesyaki rakan baik Kyung Bae, Lee Jae Joon ialah penculik tersebut kerana Lee Jae Joon dikatakan berdendam dan mempunyai masalah dengan Kyung Bae..

Malangnya sangkaan tersebut salah, alibi yang kuat menyebelahi Lee Jae Joon apabila semua bukti menunjukkan beliau bukan penculik Sang Woo membuatkan pihak berkuasa mengesyorkan untuk Kyung Bae buat pengumuman meminta orang awam membantu mereka mencari Sang Woo..

Kyung Bae sekali lagi menerima panggilan daripada ‘Bastard’s Voice’ yang meminta lagi wang tebusan 100juta won dan menukar lokasi pertukaran tebusan tersebut.. Kyung Bae menuruti kehendak penculik tetapi Sang Woo tetap tidak diserahkan mengikut perjanjian..

KISAH BENAR : 

Akhirnya selepas 44 hari kehilangan Lee Hyung Ho, pihak polis menemui tubuh badan beliau di saluran saliran air berdekatan terowong kecil di Han River Park dalam keadaan sudah tidak bernyawa..Mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat dan punca kematian adalah tidak dapat bernafas dengan baik..

Sehingga kini penculik sebenar tidak ditemui dan kes tersebut masih belum dapat diselesaikan.. Pihak berkuasa membuat rumusan bahawa penculik tersebut tidak berniat untuk menyerahkan Sang Woo tetapi lebih kenapa ingin mempermainkan emosi ibu bapa Sang Woo..

Sangat menyedihkan kesudahan kisah mangsa yang tidak mendapat keadilan sebaiknya..

Korang boleh saksikan trailer dibawah :

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!