BERDASARKAN KISAH BENAR TENTANG JERUNG SI PEMANGSA

0
(0)

Saksikan Trailer THE REEF (2010) di
Diambil dari kisah benar yang pernah berlaku di lautan Townsville, Australia pada 25 Julai 1983 dimana 3 sekawan Ray Boundy, Dennis dan Linda telah diserang oleh JERUNG dan yang selamat hanya Ray seorang sahaja. Diceritakan sendiri oleh Ray, kapal yang mereka naiki untuk menangkap udang terbalik di tengah-tengah lautan. Saat mereka terjatuh di lautan luas itu, mereka terpaksa menggunakan apa-apa sahaja barang-barang yang terapung dan boleh digunakan untuk berpaut dan akhirnya mereka dapat mencapai kotak styrofoam dan papan peluncur untuk berenang menuju ke daratan yang paling dekat.

Namun daratan yang terdekat bukanlah sedekat yang mereka sangkakan! Dengan kudrat yang ada, mereka teruskan berenang sehingga malam menjelma. Tiba-tiba seekor JERUNG mendekati mereka dan sekelip mata sahaja Dennis telah hilang dari pandangan! Rupanya Dennis telah dimakan oleh JERUNG tersebut. Saat itu Ray dan Linda dah ketakutan dan mula panik mereka teruskan berenang namun malang tidak berbau sekali lagi!! JERUNG yang sama datang semula dan kali ini Linda menjadi mangsa seterusnya!

Nasib menyebelahi Ray, setelah hampir 2 hari terumbang-ambing di atas lautan, Ray akhirnya menemui sebuah terumbu karang (REEF) yang besar dan segera mencapainya untuk berlindung. Tidak lama kemudian, Ray berjaya diselamatkan oleh coast guard yang menggunakan helikopter.

Tak sangka cerita Reef ini benar-benar wujud. Kisah yang cukup mencengkam dan mengerikan! Tidak terbayangkan keadaan mereka ketika JERUNG mendekati dan memakan dua orang kawan di depan matanya sendiri! Kalau hal sedemikian berlaku pada diri kita sendiri, belum tentu kita pun akan selamat walaupun tidak diserang oleh JERUNG!

Seperti apa yang cuba disampaikan juga di dalam filem THE REEF ini, kisah 5 sekawan yang terdampar di atas lautan luas, tidak berdaya, putus harapan, seorang demi seorang menjadi mangsa JERUNG didepan mata sendiri.. kemudian dikelilingi oleh JERUNG yang menunggu masa sahaja untuk menerkam mereka dari bawah air, dari sisi mereka, dari depan atau dari belakang! Menakutkan!

Semestinya kisah yang wajib ditonton kerana ia berdasarkan kisah benar dan JERUNG dalam filem ini pun “DAMN LOOKS SOO REAL!”

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI