SERANGAN TIKUS ZOMBIE – “RAT DISASTER (2021”

4.8
(8)

DISERANG TIKUS ZOMBIE TANPA HENTI!

“RAT DISASTER (2021)” adalah sebuah filem la-ala cerita Train to Busan yang pasti mampu menghiburkan anda dan seluruh keluarga anda dan juga bagi yang fobia dengan TIKUS, boleh cuba tonton juga kerana ia pasti mencetuskan perasaan GELI dan KETAKUTAN anda kerana TIKUS-TIKUS nya nampak sangat REALISTIK!

Plot penceritaan filem ini sangat mudah dan sesuai untuk tontonan umum. Ia bukan sahaja menghiburkan, mengerikan, mendebarkan! Malah aksi-aksi dimana Tikus Zombie menyerang dan memakan manusia itu sudah cukup mengerikan! Buat sesak nafas! Satu bandar kena serang! Dan ia tidak akan berhenti! Bagaimana agaknya nasib mereka semua yang terpaksa berjuang untuk hidup dari menjadi santapan TIKUS ZOMBIE itu semua?

Filem ini dimulakan dengan Su Zheng Huai (lakonan Yu Zhaode), anak perempuannya Su Wei (lakonan Xia Yiyi) dan anaknya Su Yuexuan (lakonan Chu Yuga) menaiki kereta api untuk melawat saudara-mara mereka di bandar lain. Ketika kereta api bertolak dari stesen, Su Zheng Huai sempat melihat sekilat pantas ada kereta api lain yang gerabaknya penuh dengan darah dan segerombolan tikus keluar dari pintu gerabak keretapi tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, setelah kereta api yang dinaiki jauh meninggalkan stesen; tiba-tiba segerombolan tikus jatuh satu persatu dari siling keretapi dan terus menyerang dan memakan semua penumpang.

Lebih memburukkan keadaan, anak lelaki Su Zheng Huai telah digigit oleh tikus dan jika tidak segera dirawat ia akan menyebabkan wabak berjangkit menyebabkan mangsanya koma dan mati. Bagi menyelamatkan anaknya dan penumpang lain yang digigit, Su Zheng Huai dan anak perempuannya, Su Ting nekad dan mengambil risiko untuk menuju ke Hospital Xiaobaihe untuk mencari penawar itu.

Maka, bermula situlah pengembaraan yang mendebarkan dan mencemaskan menanti mereka dihadapan dimana mereka perlu berhadapan dengan TIKUS-TIKUS ZOMBIE yang juga turut telah menyerang bandar di hospital tersebut.

Berjayakah mereka mendapatkan penawar itu dan kembali dengan selamat?

Filem ini anda boleh tonton melalui saluran YouTube dengan percuma. Sebelum itu jom kita saksikan trailernya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI