6 MOVIE HORROR BERDASARKAN PERISTIWA SEBENAR

5
(3)

THE EXORCIST (1973)

Telah dinobatkan sebagai Filem paling menakutkan dalam sejarah “The Exorcist” adalah berdasarkan dari kisah benar. Filem ini berdasarkan buku yang ditulis oleh William Peter Blatty pada tahun 1971 yang mengisahkan seorang budak lelaki yng bernama Roland Doe atau dikenali sebagai Doe yang telah dikunjungi oleh beberapa paderi untuk menyembuhkan dirinya yang telah dirasuk. Roland dilaporkan sering bercakap kasar, suaranya juga sering berubah-ubah. Bukan itu sahaja saksi juga menyatakan bahawa setiap perabot yang ada dan berdekatan bilik Roland akan begerak dan terbang secara misteri di sekitar biliknya. Semasa dalam 2 upacara pengusiran yang berbeza, 2 paderi hampir terbunuh dimana terdapat barang yang tajam telah terbang kearah mereka, keadaan Roland juga menjdi semakin teruk.

TRAILER

 

The Texas Chainsaw Massacre (1974)

The Texas Chainsaw Massacre adalah sebuah filem horror klasik yang mengetengahkan kes pembunuhan bersiri yang kejam. Walaupun filem ini sepenuhnya adalah filem fiksyen, tetapi filem ini telah diilhamkan dari kisah pembunuh bersiri yang terkenal pada tahun 1950-an yang telah berlaku Wisconsin iaitu pembunuh bersiri yang bernama Ed Gein. Kisah Ed yang telah melakukan pelbagai cara terhadap sisa mayat mangsanya telah menjadi liputan kerana selepas membunuh Ed telah menggunakan kulit mangsanya menjadi topeng. Bukan itu sahaja, tengkorak mangsanya juga dijadikan hiasan dikatilnya, sebahagian badan mayat dijadikan trofi. Dan paling terkenal adalah tali pinggang yang diperbuat daripada puting mangsanya. Pembunuh bersiri didalam filem yang di gelar Leatherface telah di inspirasikan dengan kes dan perbuatan kejam Ed kepada semua mangsanya.

TRAILER

THE TOWN THAT DREADED SUNDOWN ( 1976 & 2014)

POSTER TAHUN 1976

POSTER TAHUN 2014

Pada tahun 1946 telah terjadi sebuah kes dimana 8 orang telah diserang dan 5 dari mangsa tersebut telah diserang sehingga mati kejadian serangan ini hanya berlaku dalam masa 2 bulan setengah sahaja. Penyerang yang digelarkan sebagai Phantom Killer atau Phantom Slayer tidak pernah ditangkap walaupun siasatan rapi telah dijalankan oleh pihak berkuasa ketika itu. Filem The Town That Dreaded Sundown telah diilhamkan dari kejadian serangan tersebut. Pertama kali filem ini ditayangkan pada tahun 1976 dan telah difilemkan semula pada tahun 2014.

TRAILER 1976

TRAILER 2014

DAHMER (2002)

Dahmer bukan sekadar sebuah filem yang hanya bedasarkan kisah benar, tetapi sebuah filem yang mengetengahkan biopik tentang pembunuh bersiri yang kejam iaitu Jeffrey Dahmer. Jeffrey telah membunuh, merogol dan ada sebahgian mangsa Jeffrey telah dijadikan makanannya. 17 orang lelaki telah menjadi mangsa skitar tahun 1978 sehingga tahun 1991. Filem ini juga menampilkan Jeremy Renner sebagai Jeffrey Dahmer ketika usia mudanya.

TRAILER

THE SACRAMENT (2014)

Filem yang diilhamkan dari kejadian sebenar tentang pembunuhan diri beramai-ramai di sebuah kawasan penempatan ajaran sesat yang terjadi pada tahun 1978. Mereka melakukan hal tersebut dengan kehendak diri mereka sendiri di atas kepercayaan ajaran yang mereka anuti. Semua mangsa adalah penganut ajaran sesat tersebut dijumpai mati kerana keracunan. Didalam filem ini menjadikan kisah diatas sebagai ilham dan pengarah telah mengetengahkan konsep “Found Footage” didalam filem The Sacrament ini.

TRAILER

THE STRANGER (2008)

Filem ini telah menggabungkan 2 kisah yang pernah terjadi pada tahun 1969 dan tahun 1981. Pada tahun 1969 semua ahli keluarga Manson telah diserang dan dibunuh oleh ahli keluarganya sendiri. Kejadian tersebut telah menjadikan 5 orang menjadi mangsa pembunuhan . Manakala kejadian pada tahun 1981, dimana 5 sekeluarga  yang berpindah dirumah cabin mereka, Mereka telah diserang dan dibunuh dengan kejam ketika rumah mereka juga di pecah masuk oleh orang yang mereka tidak kenali. Filem ini mengetengahkan 2 insiden kejam ini yang melibatkan pencerobohan, keganasan, dan pembunuhan. Di dalam filem The Strangers hanya sepasang suami isteri yang terpaksa menghadapi nasib mereka ketika diserang.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI