KOREA SUPERNATURAL HORROR FILM “THE PRIESTS” (2015)

5
(7)

Damn!!! Macam manalah sis baru boleh  terjumpa filem ni⁉️ IT IS SOO DAMN GOOD! Jauh lebih baik daripada versi Exorcist Hollywood‼️ (atleast bagi sis la, lain orang lain citarasanya).

1 jam terakhir, pertarungan minda, jiwa dan emosi yang paling sengit dan luar biasa‼️Atmosphere, sinematografi, sound effect memang ON POINT‼️ Rasa ini kali pertama sis layan filem berkonsepkan EXORCISM yang mendebarkan! Terasa satu kepuasan setelah habis menontonnya. They should make another sequel!

Apa yang anda perlu tahu, untuk 45 minit pertama perjalanan ceritanya agak perlahan dan setelah itu, sedikit demi sedikit bermulalah semua babak klimaks, kejutan demi kejutan dan super intense hingga ke akhir cerita!

ONE OF THE BEST EXORCIST MOVIE I EVER WATCHED!

 

PLOT:

Young Shin (lakonan Park So Dan) yang koma setelah dilanggar lari. Paderi Kim (Kim Yoon Seok) melawatnya dan kemudian menyedari yang Young Shin bukanlah koma biasa-biasa sahaja tetapi Young Shin telah dirasuk dan dikuasai oleh Iblis yang jahat, kuat dan degil gila. (Memang degil gila, susah betul nak halau Iblis ini keluar dari badan dia!)

Paderi Kim tidak dapat melakukan ritual mengusir Iblis itu seorang diri dan telah melantik Paderi Choi (lakonan Kang Dong Won) sebagai pembantunya. Paderi Choi ini pula ada kisah silam yang gelap ketika zaman kanak-kanaknya yang mungkin akan mempengaruhi jiwa dan emosinya saat ketika menjalankan upacara mengusir Iblis.

Adakah mereka berjaya menyelamatkan nyawa Young Shin sekaligus menghalau Iblis yang merasuknya? Bagaimana pula dengan Paderi Choi? Dapatkah dia melawan godaan dari Iblis jahat itu dari mempengaruhinya?

TRIVIA

The Priests merupakan adaptasi dari filem pendek berjudul sama. Filem ini juga telah memenangi banyak award pada tahun 2015 dan mencatat keuntungan sebanyak 35juta USD ketika tayangannya. Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Kang Dong Won, Kim Yoon Seok, serta Park So Dan, nama yang tidak asing lagi.

Sangatlah recommend filem ini untuk semua peminat genre horror supernatural. Keseluruhan jalan ceritanya sangat menarik, mudah difahami.

YANG PASTI, ANDA SEMUA AKAN TERBAWA-BAWA SEKALI DENGAN SUASANA ATMOSPHERE YANG MENDEBARKAN DAN BOLEH BUAT SEMPUT DADA. SIS SARANKAN ANDA TONTON FILEM KETIKA WAKTU MALAM, GELAP DAN SUNYI, MEMANG TERASA!

9/10 bintang!!

BERITA BAIK! Filem ini anda boleh tonton di YouTube siap dengan English Subtitle.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI